Jumaat, 16 Julai 2010

Petai oh Petai

Tengahari tadi, mak datang dgn abah....siap pesan dah suh beli petai kat tepi2 jalan kat Rembau tu. Sbb tengah musim ni.... so mak beli petai padi.... umang eh... sodap amek.....

Tanpa berlengah lagi, sinsing lengan dah teruslah memasak sambal petai....



Sambal yg aku buat sekejapan waktu rehat hari jumaat.... perghhh makan lak dgn nasi panas... menjadi2 lah tambahnya... lagi2 makan dgn hubby yg balik lepas solat jumaat.

"Abang, jgn lupa gosok gigi yea nanti, sebb abg ada meeting dgn potential client ptg nanti, jgn dek bau petai nk karang tak dpt lak projek tu.... haru kang"  Inilah antara pesanan2 dr seorang isteri mithali selepas lunch dgn hubby thari td.... he he he....

Baru kejap ni, abah tolong hantarkan Muiz gi Kem Kepimpinan kat sekolah kebangsaan dia. Bermula dr pukul 4 hari ni hingga ahad tengahari.  Perasaan aku, huiii tak leh nak cakap sedih nya... terindu2 dgn dia... entah naper tah mcm lah sekolah tu berpuluh2 km or mcm lah dia duk asrama... sekolah tu adalah sepelaung jek.. kira macam aku takut dia tak selesa lah, tak teratur lah... walhal si Muiz dah tak sabar2 nak gi kem tu dgn kawan2 dia.. entah2 tak sabar2 nak duk luar barang sehari dua sebb meluat dgn ibu asik suruh buat kumon jek....

Apalah perasaan aku yg sebenar2nya kalau Farah atau Muiz betul2 dapat asrama? Confirm aku lah ibu yg paling sibuk setiap hari sabtu ahad duk melawat anak.  Confirm hubby meluat sebb ibu dia asik nak melawat anak setiap weekend sampai nak gi tempat lain pun tak leh...

Anak oh anak... sapa tak sayang anak oiii.........

Tiada ulasan: