Hari ni aku tak nak citer banyak dlm blog.... aku sukaaaaa sgt pendapat blogger ni... maka aku copy paste untuk tujuan kesedaran....
PETIKAN DARI BLOG MUZIR.WORDPRESS (bukan penulis asal, penulis asal adalah Saudara Ali Abu
“Simpati kpd Nurul Nadirah shj tidak cukup & Amber Alert
Nasib yg menimpa kpd famili adik Nurul Nadirah amat malang. Hilang dan kemudian dibunuh dgn kejam. Sapo pun tak tertanggung beban yg amat dahsyat tu geng. Tetapi peristiwa ini adolah episod ulangan kpd kehilangan adik Nurin Jazlin, Sharlinie dan kanak-kanak yg lain. Persoalannya mengapo episod malang ini sering berulang?
1] Prevent is better than cure. Kebanyakan kanak-kanak hilang dan diculik kerana ketiadaan ibubapo/penjago bersamo mereka. Nurin Jazlin hilang di pasar malam, adik Sharlinie hilang di padang permainan dan terkini adik Nurul Nadirah diculik semaso poie momboli megi kek kodai. Cubo kalau bebudak ni poie dgn bapak ey, agak-agak korang sapo yg teringin nak culik budak tu? Pecayo lah ckp den xdo sapo pun yg berani.
2] Sebagai langkah pencegahan, jago lah anak memasing. Biar bebudak tu sentiaso kek dopan mato. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Zaman sekarang orang jahat makin bijak dan makin gilo. Diorg dapek pendedahan drpd internet dan astro. Bijak krn pandai hapus bukti2 kejahatan pado si mangso. Sampai sekarang pembunuh Nurin Jazlin masih bebas di luar sano. Dulu ado ‘lelaki kucing’ yg dikaitkan dgn adik Sharlinie. Mano lelaki kucing tersebut? Gilo sobab gilo seks. Gilo seks krn dipengaruhi dvd, vcd lucah dan laman2 web pornographi. Kebanyakan yg hilang dan diculik ialah budak perempuan. Lihat apo jadi pado arwah Nurin Jazlin.
3] Zaman dulu pun bahayo. Itu sobab den maso kokocik dulu kono ikat kek omak den. Maso kocik dulu den ni doge dan tak makan nasihat. Pantang lepa je den dah mengembara jauh drpd rumah. Last-last omak den ikat kaki den kek ruang tamu. Sampai jiran-jiran rumah simpati dgn den marah omak den. Omak den sound balik, “Kalau anak den hilang sapo nak ganti?!”. Takkan la omak den suko-suko hati tambat den. Tontu ado sobab ey. Mungkin zaman tu dah ramai org jahat. Den kono ikat pado waktu pagi time omak den komeh rumah dan waktu potang. Den takdo pun memori kono ikat tu sobab den kono ikat pado umur 4-5 tahun. Yang crito ni pun omak saudara den. Dio sendiri cakap, “Payah nak menjago kau, kau ni lasak bona”.
4] Tidak lah den mencadangkan kpd para ibu bapo utk ikat kaki anak memasing. Tetapi umur 4-5 tahun bebudak adolah umur aktif diorg utk meneroka dunio dipersekitaran mereka. Menjadikan mereka jauh drpd penjago dan amat mudah hilang atau diculik. Kito tak bulih nak control para penjahat kek luar sano tapi kito bulih ubah diri sendiri dgn menjago anak memasing. Jago sampai jgn terleka. Dan sebelum itu ajar anak kito menggunokan telefon. Biar anak kito hafal alamat rumah dan nombor telefon kito.
5] Jago punyo jago tetibo kito terleka dan anak kito hilang. Ini takdir tuhan. Kito dah tak bulih nak elak. Apo lagi poie la report Polis dgn segera! Ramai je yg cakap Malaysia ni maju tetapi sistem kito usang. Sistem semboyan kito lombab. Anak hilang pukul 1.00 tongah hari dan infonya kluar Buletin Utama tv3 pukul 8.00 malam. Seminggu kemudian muko budak itu dicetak dan ditampal di stesyen komuter dan bas. Lewat dah tu. Kajian menunjukkan kalau 3 jam pertamo xdo lead atau pembayang, mako budak itu akan hilang terus.
6] Cubo budak yg hilang tu cucu Tun mahathir? Habis seluruh kontijen Bukit Aman dikerahkan join misi menyelamat cucu bekas PM. No wonder lah kalau cucu Mahathir jumpo balik tak sampai 24 jam. Bayangkan cucu Presiden Seumur Hidup FAM hilang pulak? Dgn askar-askar dikerah utk misi mencari dan menyelamat. Kono trimo hakikat la yg anak kito tidak berdarah Sultan dan Mahathir. Terpakso la kito sesamo hadapi sistem pund*k ni geng.
7] Skrng bilo anak hilang kek Msia, kito payah nak jumpo krn red tape. Jadi skrng kito ubah. Kito tiru Amber Alert. Amber Alert ialah America’s Missing: Broadcasting Emergency Response. Mmg bondo ni drpd Amerika. Apo salah ey meniru bondo yg baik. Sistem ini terbukti mengembalikan bebudak yg hilang di Amerika. Tidak lah 100% berjayo tetapi terbukti berkesan dan ditiru oleh byk negara lain.
8] Amber Alert ini mudah. Buang red tape dan menganggap semuo anak orang adolah anak kito jugak. Contoh :
a.Seorang budak hilang di dopan pintu sekolah pd pukul 2.00 tgh
b. Disedari oleh bapanya dan trus buek report Polis
c. Polis minta gambar dan pakaian terakhir anak
d. Polis MMS gambar pd seluruh jabatan Polis. Tidak lupo jugo kpd stesyen tv, radio, celcom, maxis dan PLUS.
e. Pada pukul 2.17 tgh, rancangan telenovela tv3 tergendala utk memberi laluan kpd berita terkini pasal budak hilang.
f. Pukul 2.19 tgh, berita kecil Astro Awani menyiarkan gmbr dan info2 budak hilang tadi. Ia disiarkan seharian dgn kaler merah berkelip menunjukkan kecemasan sdg berlaku.
g. Nashita bukak Awani pd pukul 2.56 tgh dan perasan bhw budak yg hilang tadi adolah rakan anaknya. Dio perasan time dio amik anaknya di sekolah, budak tu dilihat menaikki van toyota kaler putih. Nashita trus hubungi nombor yg tertera di skrin.
h. Pukul 3.00 tgh Awani update info bhw budak yg hilang tadi kali terakhir dilihat menaikki van kaler putih. 3.05 tgh tv3 menghentikan siaran dan update berita terkini ttg budak tadi.
i. 3.15 tgh Polis dihujani ratusan panggilan bhw pemanggil ternampak van toyota kaler putih di pelbagai tempat. Polis trus isu 17 roadblock jalan di Kuala Lumpur.
j. Pukul 8.00 malam Buletin Utama menyiarkan kejayaan PDRM menemui kembali budak yg dilaporkan hilang pd pukul 5.13 ptg serta menangkap 2 lelaki yg didakwa telah menculiknya di sekatan Jalan Kuching, KL.
9] Ringkasnya Amber Alert adolah kepantasan menyalurkan maklumat kpd publik dan publik tadi menjadi mato-mato kpd pihak berkuaso. Tak guno jugak pakai Amber Alert kalau masyarakat tidak peka, sensitif dan empati. Lihat shj peristiwa yg menimpa kpd seorang budak di China. Kono langgar 2 kali kek dalam pasar. Ado 17 org yg lalu lalang nmpk budak tu tapi buek dek je. Mujur lah seorg wanita tuo alih an budak tu ketopi. Dlm ramai-ramai tu xdo sorang pun kol hospital atau polis. Selepas berjam-jam takdo sapo pun yg peduli dgn budak tu geng. Last2 mak budak tu jugak perasan dan hantar ke hospital. Komunis mmg L*NC*U!
10] Peristiwa Nurin Jazlin amat menyayat hati. Dan ia berlaku 3-4 bulan sblm pru-12 2008. Den ingat lagi geng2 blogger yg ado namo gunokan isu ini utk diskredit Pak Lah. Slogannya ‘Pak Lah tido dan para penjenayah berkeliaran’. Itu sobab semuo kerusi parlimen KL jatuh ke tangan pembangkang krn isu keselamatan. Kawasan kejiranan tidak selamat krn Polis tido. Polis tido sobab Pak Lah tido. Bilo Pak Lah tido, penjenayah bermaharajalela dan rakyat menjadi mangso. Malang siot jadi rakyat Msia.
11] Infact, maso kes Nurin Jazlin lah para blogger melancarkan Nurin Alert yg cubo meniru Amber Alert. Nurin Alert adolah singkatan kpd Nationwide Urgent Response Information Network Alert. Kalau tak salah den ia dipelopori oleh blogger Nuraina A. Samad. Utk kes Nurin Jazlin, Nurin Alert sudah terlewat dilancarkan. But better late than never. Tetapi utk kes-kes budak hilang slps itu seperti Sharlinie Nurin Alert langsung tak berkesan.
12] Nurin Alert tak berkesan salah satu faktornya ialah krn info-info terkini budak hilang hanyo bergantung melalui internet iaitu blog, fb, twitter dan email. Itu pun dapek info melalui paper esok pagi dan berita tv malam tadi. Sudah 24 jam lewat. Dan tak semuo org di Malaysia ni baco blog dan berfacebook. Tetapi semuo org tgk tv dan dgr radio.
13] Sharizat Jalil tahu pasal Nurin Alert tetapi tidak membawanya setanding seperti Amber Alert. Mungkin bz tolong suami bolo lombu agak ey. Sepatutnya Sharizat bawa Nurin Alert ke parlimen dan gubal akta khas dalam dewan rakyat supaya mewajibkan stesyen penyiaran tv dan radio bekerjasamo dgn pihak polis utk menyiarkan info-info terkini budak hilang. Amber Alert pula bukan akta parlimen tetapi kerjasamo sukarela antara pihak polis dgn badan-badan penyiaran. Itu yg den respek dgn rakyat Amerika krn semangat kekitaan mereka tinggi. Di Malaysia kono dijadikan akta yg diluluskan di parlimen utk memakso stesen tv dan radio utk implimen Amber Alert. Kalau tidak tunggu lah sampai babi bulih terbang bai.
14] Utk kes Nurul Nadirah, Sharizat drpd kementerian berkaitan tidak prihatin dgn famili si mangso. Sudah lah Nurin Alert dipandang sepi, kebajikan famili mangso diabaikan begitu shj. Member bulih relax toman suami poie mahkamah. Bangsat punyo betino. Mmg layak lah si Sharizat ni dikahakkan muko ey. Kau berhenti 8 April bai. Itu pasal mano-mano Montori yg korup, terus dilucutkan jawatan dan diganti dgn yg lain. Kalau tidak kepalo otak ey hanyo fikir mcm mano nak lopehkan diri drpd tuduhan dan bukan lagi memikirkan masalah2 rakyat dan memajukan mereka. Najib Tun Razak mmg PUND*K!
15] Penggal baru sidang dewan rakyat di parlimen sdg bermulo. Kpd ahli-ahli parlimen, plis jgn jadikan dewan rkyt sbg gelanggang sarkis atau pasar borong. Kalau setakat nak tunjuk j*bo, parlimen bukan tempatnya. Sila berambus kpd yg tak paham bhs. Jadikan dewan rakyat sbg tmpt utk selesaikan masalah rakyat. Apa yg rakyat Malaysia mahu kan sekarang ialah anak-anak mereka selamat di luar rumah!”
* Maaf, jika bahasa beliau tidak menepati selera reader...
Saya setuju 100% semua pandangan yang diutarakan. Bukan sahaja pandangan beliau saya setuju, malah perasaan yang dilontarkan melalui tulisan di atas turut dikongsi saya. Harap-harap saudara Ali Abu terus menulis dan menulis tentang isu-isu rakyat macam ini supaya kami semua dapat menyokong dan mencontohi keprihatinan yang ada dlm diri beliau.
Ini adalah pendapat sebagai rakyat bebas bersuara.... tidak ada kene mengena dgn siasatan polis....