Memaparkan catatan dengan label Novel ku.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel ku.... Papar semua catatan

Khamis, 21 Februari 2013

Novel baru....

Novel..... asikkk beliiiii jek.... tp baca nya idak.... balik2 Jambu yg menghabiskan novel aku.. pastu suh dia rate..... hahaha.... org mcm ni pun boleh.... klu mcm tu, jambu lah yg sebenarnya peminat novel tegar.... Jambu adalah nama panggilan budak ofis aku..... bukan buah jambu yg baca novel..... 

nahhh.... ini novel baru yg aku order dr Karyaseni... baru sampai semalam... panas lagi..... The wedding breaker tu aku nak simpan utk travel ke US this coming April.... sebb org kata novel ni best gilerrrrrr.. so save the best for last... tp One Day tu pun, aku singkap2 front page dia best gak..... eh.. ini novel melayu ek.... nama je pakai nama omputih.... style baru gituuu...

kena bawak novel untuk gi travel sebb trip 24 jam travel boleh membuatkan aku bosan tahap melampau.... 

citer nya nanti aku post later... aku bukan reti nak ulas2 novel ni...

Khamis, 6 Oktober 2011

M.A.I.D - suri ryana


Sinopsis buku:
"Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?"




Akhirnya..... setelah hampir 2 bulan membaca, tamat gak lah citer ni.... (tak penah dibuat oleh ku cerita yg hebat mcm ni habis 2 bulan... mmg tepat lah di saat maid aku lari, aku baca buku ni tu yg amik masa tu nak habiskan) best... best.... best.... kelakar dan romantik... tp lebihnya kelakar lah... romantik nya sikit dan aku rasa belum up to my level nak senyum sorang2 lah keromantikan citer ni.... 

Tapi aku suka dgn watak Noorul ni (nama klasik tu..) memang gelabah, kelakar, lurus bendul.... lagi2 dpt lak kawan dgn besfren dia Iman yg kaki solek tu.... bercinta lak dgn Mr F yg ya amat loratnya..... aku mmg suka lah citer ni..... buat bahan bacaan rilex2 dan tak berat boleh lah.....watak Elisa tu pun ok.... eee over the poyo nya cik elisa....

citer ni tak membosankan, tidak pulak meleret2.... worth for reading... kawan2 aku kat fesbuk pun semuanya suka citer ni malah ada yg dah baca lebih dr sekali dan ada yg baca dlm sehari.... ish ish ish.... tak ada keje lain apa diorg ni he he he.....

anyway, aku tak reti nak ulas panjang2 lebar sgt sebb karangan BM aku masa SPM walaupun terer tp cita2 bukan nak jadi pengulas novel... cukuplah aku kata. sapa2 yg nak beli novel ni, pegi lah beli, dan tak rugi beli.... 

aku rate novel ini 4*...

Khamis, 5 Mei 2011

Bumi Cinta - Habiburrahman El Shirazy

Novel ini dr pengarang ini adalah yg pertama aku baca.  Aku sebenarnya tak sgtlah berminat dgn novel2 dr seberang yg walau pun dah ditranslate ke bahasa melayu, masih aku tak minat nak membaca... tak tau kenapa. Mungkin sebb novel2 dr malaysia yg beradaptasikan Islamic mmg dah byk kat sini, maka bacalah yang penulis2 kita karang.  Walaupun aku tau saudara HES ini tulisanya bagus hingga kat buku pun tertulis "dari Sasterawan ...." so tulisan nya harus mantap lah dan berat....

habis naper kau beli? ok aku beli buku ni kat Pustaka Mukmin kat KL tu, jalan2 di pagi hari dgn budak2 sementara tunggu Sogo buka, maka belek2 novel, terus mata aku tertancap kat novel tu baca sinopsis belakang buku tu mcm menarik sgt.... 


Sebuah Novel Pembangun Jiwa.

BUMI CINTA...

Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah imandan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat. Ayyas berusaha menepis bayangan itu tetapi tidak mudah. Bayangan itu seperti tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Seperti virus di komputer yang tidak mudah dihilangkan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun.

Rasa dingin yang mengigit itu terasa hilang begitu saja ketika dia masuk ke kamarnya yang hangat oleh pemanasnya. Tetapi virus moleknya Yelena dan cantiknya Anastasia tidak mudah dihilangkan. Meskipun dia sudah solat dan membaca Al-Quran, virus itu tidak juga dapat dihapuskan dengan sempurna, masih tersisa, hanya mampu dijinakkan. Ayyas membaca istighfar berulang kali. Lebih dari tujuh puluh kali. Dalam istighfarnya, dia teringat pesan Kiai Luqman Hakim, saat mengaji di Pesantren Kajoran Magelan dulu.

"Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaannya!"

Ayyas terus berzikir dan beristighfar sampai tertidur. Dalam tidurnya yang pulas, Ayyas bermimpi ada dua ekor ular masuk ke dalam kamarnya dan memburunya.
 
Ulasan aku:

Buku ni agak berat bagi aku sebb aku tak penah baca tulisan HES ni lagi.... tapi makin lama aku baca makin best pulak sebb dia ada kira2 mcm action dlm cerita ni dan semua watak yg berkait ada peranan masing2... 

Berlatar belakangkan bumi Moscow, watak Ayyas yg menjadi simbol seorg penganut Islam yg kuat ilmu agama dan tinggi daya tahan nya... mcm mana godaan2 dr Yelena dan Linor tak mampu nak meruntuhkan aqidah Ayyas yg sangat2 menjaga benteng akidah dia... Aku tertarik dgn watak Linor dan Yelena.  Betapa jahat nya Linor sebagai agen Mossad utk mempergunakan Ayyas yg bersih dan suci dgn meletupkan  bangunan dan menuduh Ayyas yg menjadi terorris semata2 tuk melaga2kan Rusia dan Islam.  Tapi kalau seorang itu hati nya bersih dan baik, nescaya Allah pasti melindunginya... Akhirnya Linor sendiri menyesali kejahatan dia bila siapa diri dia yg sebenar dibongkar oleh ibunya..

 
Dan betapa jahatnya juga Yelena yg tak percaya kepada wujudknya Tuhan hingga sanggup meninggalkan suami yg baik seorang muslim semata2 ingin bebas dr pegangan hidup.... Tapi akhirnya semua nya sujud dan rukuk di bumi cinta di  mana akibat dosa dan kesilapan yg dilakukan tetap berbalik kepada wujudnya Allah swt.... 

Novel ni agak berat, tp aku tak tau naper aku tetap lagi dan lagi utk membacanya.....

Rate aku utk buku ni 4*

Khamis, 21 April 2011

Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar

21 April 2011


PUAS!!!.... itulah the best description yg aku boleh bagi kat buku ni.... memang best habis.... buku ni buat aku rasa tak nak lepas dan bila dah lepas duk teringat2 lak kisah seterusnya... baguslah penulis ni... aku tak penah baca buku2 alina ni tp ini aku beli online kat kakinovel.  Aku rasa buku2 kakinovel dah bagus lah sekarang... 

Rasa kesian dgn watak Nia kat dalam buku ni melimpah2.... rasa kagum dgn kesabaran dia bila mana dia terpaksa berkorban rasa cinta dia semata2 nak selamat kan maruah keluarga dan tapak tanah rumah yg keluarga dia diami.  Rasa sayang dia pada mak dia yg sakit, dan adik2 yg belum habis belajar buat dia terima lamaran Zaril yg masa tu dah lah sakit, bodoh pulak... tp buat mcm2 kat Nia... sampai dah sembuh pun masih tak boleh nak pikir baik buruk Nia terhadap dia...  rasa geram kat watak Zaril Ikhwan.... ego, sombong, tak guna otak... ikut perasaan sampai isteri sendiri yg jujur dan baik pun boleh disalah anggap.... 

Sedih bilamana Nia terpaksa sorokkan permata hati dia takut di rampas, sanggup terima cacain dan tohmaan zaril semata2 kerana permata hatinya.... 

Tapi feeling2 love tu ada gak dlm citer ni... masa bila Zaril nak tunjukkan rasa cinta dia bila dia terjumpa Nia kat Turin balik... he he he... senyum sorang2 lak aku....


Sinopsis:
Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan


Kepada sesiapa yg tak tau nak beli ke tak buku ni, aku rekemen sangat lah buku ni rugi kalau tak beli.... buku ni ada semua rasa, sedih hu hu... feeling feeling.. geram.. marah... suspen... rasa mcm aku lak Nia....
aku rate buku ni 5 bintang.... 

Rabu, 2 Mac 2011

Rindu Di Awan Biru - Meen Zulaikha


Akhirnya tammat sudah novel ni.... amik masa seminggu gak lah nak katam... (sibuk bangat sih..) Novel ni di beli masa karnival Karangkraf kat sek 13 Shah Alam January lepas.... Tak ada sapa yg rekemen, suggest or suh beli novel ni.  Masa pilih2 novel baru kat rak tu dah tersuka lak dgn cover dia, pastu baca sinopsis mcm best jek... ok sambar.... Beli sekali novel Tajdid Rindu dgn Aku Kan Kaktus..... 

Aku kan kaktus tak best... ok tak pe nanti itu aku ulas later later ok.... 

Aku suka citer ni, citer ni macam2 rasa ada cinta, geram, marah, sedih semua ada... Mula2 citer pasal kesusahan Hanan dgn adik badik dia, tapi nak menyampai ke bab cinta2 tu agak lambat tp still ada feeling2... best masa Akmal nak ngorat Hanan... feeling aku lak jadi si Hanan tu yg kena ngorat dgn Akmal... masa dlm flight tu yg kapten Akmal nak jumpa Ikhwan tu yg best... perghhh kalau lah setiap kali aku terbang, aku bagi message kat kapten nak tengok kokpit pastu kapten tu datang kat seat aku suh aku standby masa landing utk tengok kokpit mesti best kan??? Dahlah kapten kapalterbang ni, nampak gorgeous jek bila dlm uniform.... muahaaaaa....

Sinopsis:
Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin.  Menjadi seorang isteri tiada dalam kamus hidupnya.  Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia.  Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami tp tidak tau menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki.  Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu.  Semuanya berlaku tanpa dirancang tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga.  Dalam pilu, dia diburu rindu.  Dalam duka, dia mengharapkan bahagia.  Sanggupkah dia "bercina buta" utk kembali ke pangkuan Akmal sedangkan kehadiran Ridz mulam membawa cahaya dalam hidup nya.

Watak Hanan digambarkan seorang yg keras hati sebb tak mau berkahwin akibat pengalaman ibu dia Sabariah, diabaikan oleh suaminya. Cerita masa dia kecik2 dgn adik2 dia mmg agak sedih lah.... kesian sebb ibu dia jadi mangsa poligami kerakusan ayahnya. Tp mudah amat cair bila dirayu oleh lelaki. tu yg benci kat Hanan ni... he he

Watak Akmal pulak agak romantis, pandai mengambil hati dan loving.... kiranya aku pun boleh senyum2 lah bila baca mcm mana Akmal nak ngorat Hanan hinggakan dia berkahwin di Masjid Biru. Feeling beb....

Sedih bila Hanan dpt tau dia jadi isteri kedua Akmal, difitnah pastu di ceraikan dgn talak 3.... geram sungguh dgn Bahari dan Akmal...

Watak Ridz pulak mcm kejap je, tp agak suspen, siapa dia.....? tak sangka tu....

Ending watak Hanan Akmal boleh jangka sikit lah, tp ending yg lain tak dijangka lah...

Aku dah  rekemen buku ni kat kawan2 aku... Aku pun rekemen lah sapa2 nak baca....

Rate:  4.5 *

Selasa, 19 Oktober 2010

Aku Bukan Malaikat - Rudy Hirdy

Kehidupan satu realiti penuh cabaran, akhirnya membawa hikmah yang cukup berbaloi.  Sesungguhnya rahsia Allah bukan hak umatnya.....

Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dgn dugaan.  Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.  Pola hidupnya tidak pernah lari daripada pengkhianatan.  Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga.  Dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga.  Namun dia pasrah dengah ketentuanNya. 

Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yg sarat dengan pertembungan jalan hidup yg berbeza.  Mejelaskan Allah itu maha adil.  Memberi dugaan kepada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keturunan.  Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yg melampaui batas kemampuan hambaNya.

Novel ni aku beli masa aku jln2 dgn hubby kat alamanda on my anniversary day hari tu. Saja masuk MPH (nak gak masuk tu...) belek punya belek buku islamic kat rak PTS jumpalah buku ni... sinopsis dh menarik dah tp sebb penulis dia tak penah ku kenali, cuak gak nak amik... tp sebb rasa2 mcm sedap je jalan cerita maka aku amik gak lah.

Mula2 baca agak boring lah dgn bahasa yg mcm budak2 baru nak menulis sebb ada byk sgt perkataan KAH? pada ayat2 tanya dia... kira mcm budak2..... tak dewasa langsung ayat dia... tapi bila aku keep on reading syoklah pulak.

Watak qimiel jejaka lembut disalahertikn mcm gay dn selalu dibuli oleh rakan rumah. Dahtu ada2 org pompuan yg minat dia. Until 1 day, dia kena 'rogol' dek org jahat dlm menjadi korban utk selamatkn org yg selalu buli dia. Lps tu jd besfren lak.. Dlm masa yg sama awek si tukg buli ni, Laura kena aniaya dek kwn sendiri gak.... Kira citer ni byk watak dn byk konflik....

Terjadi pulK org ni nk pakwe org tu, org ni nk makwe org ni.... So fitnah pun dicipta utk perangkap. Hinggalah qimiel terpaksa kawin dgn laura yg mengandungkan anak luar nikah zafrin secara tk sengaja. Habis je bersalin, Laura minta cerai dan suruh qimiel jaga baby dia qayyum...

Konflik lg best terjadi setelah 7 thn masing2 bertemu kembali.... Cerita ni mmg best lah...

Rate aku: 4 ****

Khamis, 16 September 2010

Wasilah Cinta Weera - Rose Harissa

First of all nak ucap syabas lah kat Rose Harissa atas novel nya yg amat bagus dan mantap... Sesungguhnya tak rugis sungguh aku beli novel ni tanpa recommendation dr sapa2. Just grab kt pesta buku selangor sebb baca komen dr pyanhabib betapa indahnya bahasa dlm novel itu.

Novel ni novel Islamic berkenaan dgn watak utamanya lelaki yg bernama Tajul Aweera Tajul Ariffin.  Emmm sedap ek nama hero novel ni... Jarang kita baca novel yg watak utama dia lelaki.  Or aku mmg tak penah baca pun rasanya.  Jalan citer dan bahasa novel ini sungguh indah dan mudah.  Tak meleret2... aku suka.. aku suka.... rilex sgt membacanya.  Tapi naper lah byk sgt especially nak ke akhir2 cerita bahasa dia lebih ke bahasa  Indonesia... Tp tak pelah, sebb aku peminat sitkom Benci Bilang Cinta, maka aku tak ada masalah lah nak memahami bahasa dlm novel ni. Tp tak byklah pun bahasa ala2 Indonesia dia...
Ok citer ni berkenaan 2 insan bernama lelaki, Aweera dan Ray yg saling mencintai.  Mencintai atas dasar saudara sesama Islam di saat2 Weera di buang oleh ayah kerana tertekan dgn fitnah yg melanda ibu bangsa siam Aweera dan dipelihara oleh Ray yg juga mempunya darah siam selepas kematian ibu bapanya.  Ray yg membela Wee (comel nama ni) hingga Wee menjadi manusia yg berguna.  Wee mempunyai rakan serumah bernama Firdaus yg sgt2 berhati jahat dlm citer ni. Yg menggoda awek seksi Wee, Jasnita hingga berkahwin dgn Firdaus.  Watak Firdaus ni jahat bangat sih... Watak Wee ni romantik, tegas dan boleh terjatuh cinta baiknya, berkahwin pulak dgn Sari Ayu tunang si Firdaus.  Asal nya nak tolong Ayu sebb tarikh kawin dh dekat dan nak balas dendam dgn Firdaus sebb kawin dgn awek Wee.  Tapi Wee tergoda dgn watak selamba Ayu.

Aku geram kat watak Ayu ni, sebb selalu sgt nak dgr ckp fitnah Firdaus tentang Wee dan Ray yg kononnya gay.  Tp cara penulis gambarkan persahabatan rapat diorg pun aku boleh bayangkan diorg ni mcm gay... Tp diorg ni bukan gay cuma terlalu akrab dan perhubungan mereka atas kerana Allah.  Ayu ni terlalu lemah sampai terlalu percaya dgn ckp2 org terhadap suaminya.  Moral kat sini, jgn dgr fitnah org...

Mcm2 cara Firdaus buat nak pisahkan Wee dan Ayu sebb cemburu melihat kebahagian mereka setelah berkahwin hingga ke tahap yg paling sadis.

Sebagai seorg suami, Wee pandai menjalankan tanggungjwb terhadap Ayu.

Citer ni mmg best, kelakar, sedih, romantik, geram semua complete lah.... Kena baca ending dia... best giler..

Aku rate buku ni 4.5 *....

Rabu, 25 Ogos 2010

Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah

Lama gak tak update novel yg aku baca...sebenarnya ada byk dah novel yg terlepas utk aku update.... setakat ni semua best best belaka.... dan yg paling ditunggu2 di pasaran adalah novel ke 3 Siti Rosmizah yg best tu... skrg ni dia dah ada syarikat penerbitan dia sendiri maka dia hanya melantik Popular aje utk mengedarkan novel baru dia ni.  Jgnlah ada yg cari kat MPH takkan jumpa punyer....

Novel ni???? BEST GILER!!!... semua rencah cukup... kelakar.... sedih... geram.... sweet pun ada.... tp yg paling byk kelakar dgn watak kawan dia dan Kak Kembong org gaji pak dia..... Mencik dgn watak adik dia  Natasya dan ayah dia..... tp ayah dia akhirnya insaf lah bila dah sakit.... Watak ayah dia pun mula2 mencik... aku tak pandai nak kembang2kan citer tp recomendation aku mmg best giler..... aku bagi 5 bintang utk novel ni.... 

Novel ni mcm novel pertama dia Andai Itu Takdirnya... siap mengalir2 airmata lagi... ada novel yg klu sedih tu takat perasaan jek, tp novel SR ni bukan takat perasaan, tp dgn airmata sekali tak segan2 tumpah... baca kat opis, sampai budak opis perasan.... begitulah jiwang karatnya aku.......... he he he......... mana2 pencinta novel yg tersinggah kat blog aku ni, aku rekemen belilah novel ni... tak rugi... tp bgtau siap2lah tebal giler buku ni....

Rate:  5 *****

Selasa, 6 Julai 2010

Biarkan Ia Pergi - Liza Nur



Bayangkan seandainya satu episod malang membunuh segala kebahagian yang anda miliki dalam sekelip mata, melunyaikan segala mimpi indah yg pernah anda ciptakan.  Persoalan inilah yang menemukan saya dgn titik permulaan kisah "Biarkan Ia Pergi".  Saya cuba membayangkan betapa rapuhnya titian perjalanan hidup yang harus kita rentasi.  Saya mahu membaca meneroka hidup Alissa Othman, gadis yang tidak pernah mengenal erti putus asa meskipun hidupnya beronar derita- Liza Nur...

*************************************************************************
Walawei..... lama tak update novel yg aku baca dlm blog ni.... klu ikutkan ada 3, 4 bijik novel dah abih baca dah tp tk update.... entah apasal tah malas..... dey minachi... malas kalu jgn buat blog lah.... he he...

Ok, kali ni nak ulas novel Biarkan Ia Pergi ni.  Novel ni beli masa Pesta Buku Selangor baru2 ni, recommended by budak Prima.  Novel ni mmg tragis sikit, kisah Alissa dirogol tanpa diketahui sapa yg rogol dia sehingga dia hamil dan beranak dan anak dah 5 thn baru jumpa ayah biology dia. Lepas dia kena rogol kat Adelaide tu masa dia student, kawan baik dia boleh buat fitnah kat pakwe dia Izani dan kawan2 yg lain kata Alissa ni buat mende tak senonoh sebb tension study... ish ishh... sampaikan si pakwe dia Izani boleh percaya ckp Fara... dan tu berpacaran pulak dgn si Fara....

Zaquan Zachery (apasal lah susah2 sgt author ni nak bagi nama watak yg susah2 nak sebut kat dlm novel), watak hero dlm citer ni yg tak sengaja merogol Alissa, bila dah jumpa Alissa, cuba nak menangi hati Alissa tanpa bgtau Alissa siapa dia sebenarnya.  Dan kenapa dia buat begitu sampailah setelah dia menikah.  Timbul pulak ex boifren balik nak pecah belahkan diorg. 

Citer ni part sedih masa Alissa hamil, di buang keluarga dan melahirkan anak dia Ameen Zakuan. Kira struggle habislah dia.  Citer ni lebih kepada semangat setiakawan antara watak2 yg  ramai dlm novel ni. Kena bacalah novel ni bagi habis baru tau ending dia apa... tp ending dia still happy ending lah...

Aku rate buku ni 3.5 bintang.


Selasa, 6 April 2010

Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hazneza Abdul Hamid

Sinopsis:
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yg kedua itu penuh reda sepertimu. Isteri, di wajahmu ada syurga, yg di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu. Namun yg sesekali itu aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasing sayang kita ada sempadan yg memisahkan, hingga ruang2 intim antara kita, aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yg bagaimana? selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku? Suami yg seringkali gagal meletakkan keadilan di dalam rumahtangga. Isteri, melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yg dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yg gagal...
Ulansanku:
Cerita ni mmg best, salah satu buku yg aku beli semasa PBAKL baru2 ini. Buku ni terbitan tahun 2003, recommeded by adik promoter Creative tu... Main emosi, geram, dendam, sedih... Kisah dilema seorg suami dlm menangani 2 org isteri yg perasaan si suami mmg berbeza terhadap satu sama lain. Keliru, dan tidak tegas menjadikan Zik lelaki yg lemah kerana tidak tahu menjinakkan Emi dr mula. Mengambil kesempatan atas kebaikan Dhiya, sahabat baik sendiri hingga mengelirukan byk pihak. Dan disebabkan perasaan kasih Dhiya pd Zik yg tidak diketahui Zik menjadikan Dhiya sanggup berkorban dan menjadi korban kerana cemburunya seorang perempuan.
Endingnya sedih...... dan gembira....
Rate utk novel ini 4*...

Rabu, 31 Mac 2010

Nilai Cintanya - Rozita Abd Wahab

Ini adalah antara novel lama yg dicari kat pesta buku baru ni... buku lama diterbitkan pd 2004... ok lah not bad lah bukunya. Tapi rozita skrg dh dekat alaf.. ada gak beli buku baru dia, tp tak baca lagi... huiiii byk buku yg tk baca lagi ni.... tulah tamak sungguh nak membeli novel byk2... bak kata adik aku, kau ni mcm org giler beli novel sampai 12 bijik kt pesta buku.... gulpppp .... tersangkut rasa otak dengar dia ckp mcm tu..... eleh adik aku bukan apa... dia tak dpt nak pinjam buku aku sebb laki dia selalu tegur dia melalaikan dan mengabai laki dia bila dah kemaruk baca buku ha ha ha..... oklah melalut lak... sinopsis buku: Aku tidak pernah merelakan perpisahan ini. Bertahun hatiku berdarah bukan sedikit pedih yg menyula, bukan sedikit bisa yg menyengit rasa. Racunnya, satu satu membunuh tiap rindu yg menyapa, tiap duka yg mendera. Kekasih telah ku kuburkan kenangan cinta kita bersama nisan dan air mata, telah kutaburkan di atasnya dengan haruman wangi kemboja. Pergilah aku reda kau hilang di mata dan di hati ku.... jeng jeng jeng... citer dia tak lah best giler.... tp tak lah bosan giler.. citer dia psl adik beradik berebutkan seorg lelaki, Amirul... si kakak ni mmg jaki dan dengki dan iri hati dgn adik dia yg ala2 perempuan melayu terakhir... bila si adik ni bertunang dgn amirul, dia pun pasang plan lah nak aniaya amirul dan adik dia.... buat perangkap ditangkap berkhalwat. Sedih lara lah hati si adik dan membawa diri ke KL. Dan berjumpa dgn Pn Sri faridah yg membela dan mengajar cara2 manage butik... dan bertemulah dia dgn Ikhwan, anak sahabat PS Faridah yg membela Yuhanis setelah kematian mak angkat ni.... maka Ikhwan pun sudah tangkap cintan dgn yuhanis dan ingin melamar yuhanis... Tup tup... si amirul sudah jumpa yuhanis maka dia pun nak lah yuhanis balik.... tp adakah yuhanis mahu menerima amirul?.... Itu kenalah baca.... adalah sikit dramatik2 momen dan romantik2 momen between watak2 ni... Rating untuk buku ini 3.5***

Rabu, 24 Mac 2010

Yang Sebenarnya - Aisya Sofea

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yg terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazira, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati drpd Nadhiya, adik Nazira. Melalui kiriman email dn YM, nadhiya sentiasa meyakinkan eddie bahawa cinta akan datang lagi. Seiring waktu berlalu, cinta eddie semakin memekar utk Dhiya. Malangnya kalimah cinta itu tak terucap....
Haaaaaaaaa kat sini lah yg bestnya...... dia nak bgtau dhiya yg dia cintakan dhiya tu, kejenya asik lah bertekak dan memekik2 marah dhiya bila dhiya buat salah sikit... aku bengang gak bila dtg angin gile watak eddie ni marah2 kat dhiya dpn2 staff lain.... kesian lak si dhiya tu asik kena marah dgn eddie.. tp dia cool jek.... Masuk je watak nurynn aku dah mula meluat.....
Tp eddie ni, aku suka sebb watak dia bila bab romantis alahai.... especially bila dia cover dhiya dr dirempuh masa nak tengok wayang kt KLCC tu... alahaiiii romantis nya.... dan masa tunggu dhiya lepas dhiya hampir maut jatuh feri tu.... alahai.... romantisnya.....
Eh korang, beli lah dan bacalah citer ni.... menarik gak.... sukalah jalan citer dia. Ending dia pun best... Aisya Sofea, bukan boleh dinafikan novelnya.....
Rate aku utk novel ni 4****

Isnin, 22 Mac 2010

Pesta Buku PWTC

Semalam pegi pesta buku kat PWTC... seronok giler dpt pegi seawal pagi... nak tergelak org pertama masuk Creative semalam adalah aku.... he he he... certain2 booth buka seawal 9.30am. tp booth Creative dan Karangkraf @ 10am.... Dasyat sungguh lah Karangkraf sewa hall besar terus tahun ni... punyalah byk rak buku.... aku serbu rak buku jek.... majalah2 ni semua tak pegi jengah pun...
Mula2 sampak kat pwtc dlm 9.30 tu alhamdulillah parking masih byk... mula2 renew langganan Asuh dgn Ana Muslim utk my kids. Pastu gi Creative dulu sebb nak cari buku lama... itupun buku Malee Chuswan yg 1 lagi tu (tajuk tak ingat) dah langsung tak ada... konon nak cari buku Creative 3 je... tp adik2 promoter tu pandai sungguh duk hulur2 buku kata semua best2.... buku baru creative yg tebal 2 inci tu tak sanggup nak beli... tebal giler takut mcm buku Selamat Pengantin Baru Isteriku by Nass Alia Noah tu merepek jek.... dlm tak mo tak mo tu, penuh gak lah bakul aku... 8 bijik sekali beli.... tp ada yg disct 50%, 30 %... siap buat membership kat situ.... ha ha ha.... mcm selalu beli buku creative..... ngarut sungguh.... Lepas gi Creative gi pulak Karangkraf.... tu diaaaa.... punyalah besar terkejut den.... penulis2 dia pulak punyalah ramai berderet2 kat sudut penulis... tanyalah kat budak alaf tu mana buku baru RAM- Cinta Sufi, dia kata ahad nanti baru launch.... eleh.... takkan nak dtg lg sekali lak... ishhhh tak pelah beli lain kali lah kat MPH.... so, kat Karangkraf 4 bijik buku pulak....
Lepas sambar novel aku, turn hubby lak beli buku. Pergi PTS booth cari Novel Sejarah Islam. Haaa yg ini hubby dgn anak dara mmg minat baca.... ibu dia???? oooo tidak.... sungguh lembab nak habiskan.... hubby tegur gak, dia kata hobi membaca yg inbalance.... yg ilmiah tak mo baca, yg feeling je nak... mcm mana nak maju?.... he he he betul lah tu cik abang.... tp dah jiwa lebih ke jiwang2.... nak buek camno?....
Ini adalah gambar2 yg novel yg kami beli utk kids...

Rabu, 17 Mac 2010

Teluki Itu untuk Aku - Nazawati

Haaaaaaaaaa... puasss...... itulah ungkapan pertama aku lepas baca buku ni.... perghhh best giler.... semua perasaan ada..... marah, geram... tak sangka, gembira semua ada... cukuplah lengkap ingredient dia.... kesian dgn watak Seri Kurnia.... Geram dgn Firdaus.... tak sangka betul Ajmal mcm tu..... aku ni bab nak huraikan satu persatu apa citer dlm novel ni mmg tak pandai, cukuplah baca perasaan aku baca novel.... Tahniah utk Nazawati sebb hasilkan novel yg tak rugi keluarkan duit utk beli... Koleksi Jemari Seni tk byk dlm simpanan, tapi tak mustahil klu follow Nazawati punya cerita, ada pulak lepas ni... So, apa lagi, beli lah novel ni..... eh aku ckp kat sapa ni?.... he he he.... tak rugi beli novel ni.... dlm novel ni juga baru kau tau nama melayu bunga Carnation adalah Teluki.... sungguh aku tak tau... selama ni duk panggil karnesyen karnesyen je... Rating aku untuk novel ini 5*****

Pesta Buku Kebangsaan 2010

Pesta buku yg ditunggu tunggu dah tiba... tak sabar2 rasanya nak pergi... ingat nak pegi hari pertama 19hb Jumaat tu, konon nak jadi antara yg pertama nak serbu booth Creative nak cari novel2 lama yg dulu tak dpt beli... (sebenarnya tak ingat pun novel apa... he he he). Tp memandangkan dah janji dgn budak2 nak pegi cuti2 malaysia ke Melaka, so pegi jelah dulu ke Melaka puaskan hati budak2 tu, lepas tu tak mengadu lagi dah kami tak bwk diorg gi mana2.... dah pandai komplen diorg nih... nak kena diorg nih.... Nak tau apa list buku yg dh ada dlm memo pad BB aku?... jeng jeng jeng.... ini bukan hanya Creative aje.... ada a few penerbit pun... 1) Lagu2 Rindu by Diya Elora 2) Cinta Untukmu by Siti Nur Dhuha 3) Airmata Kasih 1 & 2 by Syamimi Aminollah 4) Angin Dingin dr Utara by Siti Hasneza 5) Pergilah Airmata by Hanni Rasul 6) Tiada Sepertimu by Anita Aruszi ... Itu baru 6 buah yg planning nak beli, yg baru nampak, yg baru terbit belum jumpa lagi... belum campur yg kena pengaruh dek adik2 promoter kat booth2 tu lagi.... adoi laaaa.... mesti berpeluh2 suamiku baca blog ni.... sebb dah bayangkan nak kena membuntuti bini dia dgn anak dara dia cari novel...... sayang bini kan?.... he he he.... Anak dara aku si Farah tu pun, kalau pegi pesta buku bukan main lama lagi memilih kat booth PTS.... dia punya koleksi pun dh hampir menyamai koleksi ibu dia.... anak didik betul..... tak pelah Farah, beli benda yg bagus, dr kamu beli baju2 seksi yg ibu tak suka kan?.... So, Ahad dah plan nak serbu pesta buku.... tepat pukul 10 am aku dah mesti berada kt PWTC... tak mo lambat2 mcm dulu, buku ada yg tak ada.... nak cari buku Ma Lee Chuswan lagi... ada lagi 2 tk ada stok last year sebb pegi hujung2 pest.....

Khamis, 11 Mac 2010

Jaja & Din

Akhirnya habis gak aku membaca novel ni "Jaja & Din"... dekat 2 minggu... giler lambatnya.. dr Istanbul balik Msia novel ni, duk baca dlm flight tp tak habis2 gak..
Persepsi aku pd novel ni mula2 ingat dia kelakar habis, tp rupanya Aku Bukan Novelis lagi kelakar... citer ni mula2 mcm payah sgt nak masuk dlm jiwa aku sebb aku tak suka gaya penceritaan nya yg mcm menulis blog sendiri. Excitement dia bermula bila jaja dah kawin dgn din. Barulah feeling ada, senyum ada, sedih ada, insaf ada dan of course tak dinafikan Noor Suraya byk study utk mantapkan lagi novel ni...
Dlm novel ni aku kagum dgn Jaja, sebb dia menerima seadanya Din dan redha dgn Din tinggalkan segala enjoy dunia dan back to basic dgn Din.
Watak Din juga bagi aku menarik dlm citer ni sebb dia adalah suami yg baik dan warak yg berpendidikan tinggi dan bercerita sirah2 nabi kpd isteri nya setiap malam. Mana nk dpt lagi suami2 yg mcm tu skrg?.. Mcm impossible jek.... Dia juga mahukan Jaja supaya ikhlas, redha, zuhud dan jihad bersama2 nya. Kerana Din ada misi yg tak selesai iaitu Jihad di Afghanistan.
Ending dia?.... hu hu nangis aku... unsangkarable sungguh...
Rating: 3.5*

Jumaat, 19 Februari 2010

Aku Kan Novelis - best bangat sih...

Aku Kan Novelis by Nurul Syahida Emmm.... pun tak penah baca lagi buku2 Nurul Syahida... Novel ni page2 pertama dia pun dah gelihati... jadi saya rasa buku ni mesti santai habislah selari dgn reka bentuk kulitnya... jadi biarkan sy baca dulu (after 1 week baru habis kot) baru saya komen ya... Ok, hari ni (23 Feb) tinggal 8 chapter yg pendek2 lg nak habiskan buku ini sebelum terbang ke Istanbul (sibuk bangat skrg sih) .. buku ni BEST DAN KELAKAR GILER... serius... korang cari lah buku ni... kelakar, poyo, feeling semua ada... agaknya penulis2 baru skrg ni tk mcm Norhayati berahim dan seangkatan dgnnya kot yg buat novel berat. Saya admit sy makin enjoy baca buku2 ber genre mcm ni... Yes... Yes... guys, as for today 23 Feb, maka tammat lah novel yg kelakar habis ni saya baca kat opis.. ishhh mengarut je habiskan masa baca novel kat opis... ngam2 100 chapter... pandai pulak si Nurul Syahida tu budget chapter dia sampai 100... Ending?... best giler sampai rasa nak tepuk tangan... kelakar lah watak Roul dgn Lulu ... so sapa2 yg nak beli, gi lah beli, tak rugi langsung... alah baru RM17.90.. kalau gi pesta buku dpt lah 30% disct.... tp nikmat membacanya tak terhingga .. he he he.. sekali lagi syabas utk Nurul Syahida... Untuk novel ini saya rate kan 5***** Happy Reading...

Bestnya lah citer ni... feeling habis..

Andai Ku Kembali by Mia Khaidina ok, saya nak citer pengalaman membaca buku ini... buku ini sy beli masa Karnival Karangkraf pd 31hb Jan lepas. Ditemani suami (kan dah kata, suami sy very supportive kan... he he) masa kat booth Buku Prima tu pilih2 buku, budak yg jaga tu proposed utk sy beli juga buku ni. Masa tu cuak gak lah sebb tak penah lak baca tulisan Mia Khaidina ni. Tp dah budak tu beria2 sgt propose beli, so beli lah... tu diaaa... lps baca buku tu rasa mcm nak baca balik... watak2 yg ada dlm tu mcm ada kat sebelah sy jek... at one time tu punyalah terpengaruh dgn watak Marc Darcy dan geram sgt kat dia masa dia pecahkan rahsia pd Asiah yg dia adalah chatter William yg selalu layan luahan Azlin tu sampai hentak2 kaki ni dek geram.... seriusly, sapa2 yg suka novel beli lah buku ni... tak rugi sungguh baca novel ni... cara penceritaan dia tak berat tp bermain dgn perasaan sungguh. Walau sy dh tau Azlin dan Marc akan bersatu, tp nak menuju ke arah penyatuan tu amatlah menggeramkan saya.... Lepas baca novel ni, sy duk diam jap dan imagine klu lah Azlin tu sy dan Marc tu wujud... he he he.... Anyway, tahniah Mia Khaidina kerana menghasilkan novel yg mantap mcm ni... barulah sy tak rasa rugi membaca buku ni.... Untuk buku ni saya rate kan 5*****