Khamis, 16 September 2010

Wasilah Cinta Weera - Rose Harissa

First of all nak ucap syabas lah kat Rose Harissa atas novel nya yg amat bagus dan mantap... Sesungguhnya tak rugis sungguh aku beli novel ni tanpa recommendation dr sapa2. Just grab kt pesta buku selangor sebb baca komen dr pyanhabib betapa indahnya bahasa dlm novel itu.

Novel ni novel Islamic berkenaan dgn watak utamanya lelaki yg bernama Tajul Aweera Tajul Ariffin.  Emmm sedap ek nama hero novel ni... Jarang kita baca novel yg watak utama dia lelaki.  Or aku mmg tak penah baca pun rasanya.  Jalan citer dan bahasa novel ini sungguh indah dan mudah.  Tak meleret2... aku suka.. aku suka.... rilex sgt membacanya.  Tapi naper lah byk sgt especially nak ke akhir2 cerita bahasa dia lebih ke bahasa  Indonesia... Tp tak pelah, sebb aku peminat sitkom Benci Bilang Cinta, maka aku tak ada masalah lah nak memahami bahasa dlm novel ni. Tp tak byklah pun bahasa ala2 Indonesia dia...
Ok citer ni berkenaan 2 insan bernama lelaki, Aweera dan Ray yg saling mencintai.  Mencintai atas dasar saudara sesama Islam di saat2 Weera di buang oleh ayah kerana tertekan dgn fitnah yg melanda ibu bangsa siam Aweera dan dipelihara oleh Ray yg juga mempunya darah siam selepas kematian ibu bapanya.  Ray yg membela Wee (comel nama ni) hingga Wee menjadi manusia yg berguna.  Wee mempunyai rakan serumah bernama Firdaus yg sgt2 berhati jahat dlm citer ni. Yg menggoda awek seksi Wee, Jasnita hingga berkahwin dgn Firdaus.  Watak Firdaus ni jahat bangat sih... Watak Wee ni romantik, tegas dan boleh terjatuh cinta baiknya, berkahwin pulak dgn Sari Ayu tunang si Firdaus.  Asal nya nak tolong Ayu sebb tarikh kawin dh dekat dan nak balas dendam dgn Firdaus sebb kawin dgn awek Wee.  Tapi Wee tergoda dgn watak selamba Ayu.

Aku geram kat watak Ayu ni, sebb selalu sgt nak dgr ckp fitnah Firdaus tentang Wee dan Ray yg kononnya gay.  Tp cara penulis gambarkan persahabatan rapat diorg pun aku boleh bayangkan diorg ni mcm gay... Tp diorg ni bukan gay cuma terlalu akrab dan perhubungan mereka atas kerana Allah.  Ayu ni terlalu lemah sampai terlalu percaya dgn ckp2 org terhadap suaminya.  Moral kat sini, jgn dgr fitnah org...

Mcm2 cara Firdaus buat nak pisahkan Wee dan Ayu sebb cemburu melihat kebahagian mereka setelah berkahwin hingga ke tahap yg paling sadis.

Sebagai seorg suami, Wee pandai menjalankan tanggungjwb terhadap Ayu.

Citer ni mmg best, kelakar, sedih, romantik, geram semua complete lah.... Kena baca ending dia... best giler..

Aku rate buku ni 4.5 *....

Tiada ulasan: