Khamis, 16 September 2010

Kakak @ Farah dah dapat Kad Pengenalan sendiri.....


2hb September, 2010 genap umur farah 12 thn.  Melayakkan farah untuk memohon Kad Pengenalan @ MyKad utk diri sendiri.... perghhh aku excited beb..... Farah memanglah excited juga...

 Farah di hadapan entrance JPN Putrajaya

Sementara masih bercuti maka aku dan hubby bawak farah ke JPN Putrajaya utk membuat MyKad dia.  Di samping itu aku pun buat baru juga utk penukaran alamat rumah.  Alamat rumah aku ni mengkonfiuskan sistem Suruhanjaya Pilihanraya di mana, bila aku semak tempat mengundi aku, rupanya aku tercampak mengundi di Sungai Long.  Maka pentingnyalah kita untuk betul2 tau alamat sebenar rumah kita.... Mcm aku Taman dan tiada Taman je yg membezakan tempat mengundi aku. Maka, aku pun buat keputusan utk tukar alamat yg sebenar dlm IC utk kemudahan di masa akan datang....

Ok, back to my daughter.... proses membuat IC tu amatlah lancar dan sempurna... terima kasih cik abang yg jaga kaunter no 9 tu sebb memudahkan semua urusan IC farah walau pun surat beranak farah kena update sebb tiada perkataan Binti atas surat beranak tu. Mungkin di waktu pendaftaran surat beranak farah, JPN Kajang tu tak letak nama baby dan ayah in one column... dia buat separately maka perkataan Binti tu tiada.

JPN Putrajaya memang cantik dan selesa dan efisen.... Syabas lah kpd perkhidmatan awam sekarang yg bagus dan memudahkan pelanggan..... officer2 nya pun senyum simpul jek..... kecuali masa nak amik gambar tu, tukang amik gambar tu tak bagi can langsung kita nak touch up.... dah duduk tu terus je nak shoot gambar... dahlah gambar dlm IC tu gambar lifetime.... kasi can lah sikit... klu mcm tu buat apa letak cermin kat bawah kemera kalau bukan utk kami2 ni nengok hasilnya..... tapi tak pelah... itu kes terpencil jek.... sib baik gambar ok tak leh nak komen lebih2....

 Menunggu no dipanggil utk collect MyKad ....

Tiada ulasan: