Khamis, 6 Oktober 2011

M.A.I.D - suri ryana


Sinopsis buku:
"Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?"




Akhirnya..... setelah hampir 2 bulan membaca, tamat gak lah citer ni.... (tak penah dibuat oleh ku cerita yg hebat mcm ni habis 2 bulan... mmg tepat lah di saat maid aku lari, aku baca buku ni tu yg amik masa tu nak habiskan) best... best.... best.... kelakar dan romantik... tp lebihnya kelakar lah... romantik nya sikit dan aku rasa belum up to my level nak senyum sorang2 lah keromantikan citer ni.... 

Tapi aku suka dgn watak Noorul ni (nama klasik tu..) memang gelabah, kelakar, lurus bendul.... lagi2 dpt lak kawan dgn besfren dia Iman yg kaki solek tu.... bercinta lak dgn Mr F yg ya amat loratnya..... aku mmg suka lah citer ni..... buat bahan bacaan rilex2 dan tak berat boleh lah.....watak Elisa tu pun ok.... eee over the poyo nya cik elisa....

citer ni tak membosankan, tidak pulak meleret2.... worth for reading... kawan2 aku kat fesbuk pun semuanya suka citer ni malah ada yg dah baca lebih dr sekali dan ada yg baca dlm sehari.... ish ish ish.... tak ada keje lain apa diorg ni he he he.....

anyway, aku tak reti nak ulas panjang2 lebar sgt sebb karangan BM aku masa SPM walaupun terer tp cita2 bukan nak jadi pengulas novel... cukuplah aku kata. sapa2 yg nak beli novel ni, pegi lah beli, dan tak rugi beli.... 

aku rate novel ini 4*...

Tiada ulasan: