21 April 2011
PUAS!!!.... itulah the best description yg aku boleh bagi kat buku ni.... memang best habis.... buku ni buat aku rasa tak nak lepas dan bila dah lepas duk teringat2 lak kisah seterusnya... baguslah penulis ni... aku tak penah baca buku2 alina ni tp ini aku beli online kat kakinovel. Aku rasa buku2 kakinovel dah bagus lah sekarang...
Rasa kesian dgn watak Nia kat dalam buku ni melimpah2.... rasa kagum dgn kesabaran dia bila mana dia terpaksa berkorban rasa cinta dia semata2 nak selamat kan maruah keluarga dan tapak tanah rumah yg keluarga dia diami. Rasa sayang dia pada mak dia yg sakit, dan adik2 yg belum habis belajar buat dia terima lamaran Zaril yg masa tu dah lah sakit, bodoh pulak... tp buat mcm2 kat Nia... sampai dah sembuh pun masih tak boleh nak pikir baik buruk Nia terhadap dia... rasa geram kat watak Zaril Ikhwan.... ego, sombong, tak guna otak... ikut perasaan sampai isteri sendiri yg jujur dan baik pun boleh disalah anggap....
Sedih bilamana Nia terpaksa sorokkan permata hati dia takut di rampas, sanggup terima cacain dan tohmaan zaril semata2 kerana permata hatinya....
Tapi feeling2 love tu ada gak dlm citer ni... masa bila Zaril nak tunjukkan rasa cinta dia bila dia terjumpa Nia kat Turin balik... he he he... senyum sorang2 lak aku....
Sinopsis:
Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.
Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.
Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan

Kepada sesiapa yg tak tau nak beli ke tak buku ni, aku rekemen sangat lah buku ni rugi kalau tak beli.... buku ni ada semua rasa, sedih hu hu... feeling feeling.. geram.. marah... suspen... rasa mcm aku lak Nia....
aku rate buku ni 5 bintang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan