Hari ni senin 11hb April.... hari pertama kerja dan anak bersekolah tanpa desi.... emmmmm .... sabtu lepas hantar desi balik kampung for good kat Lcct..... lepas desi berlepas, farah anak dara aku tak berenti2 menangis... kesian sungguh aku tengok kan dia... mana tak nya, itulah kawan baik dia, itulah kawan cerita dia, itulah kawan drama korea dia, itulah kawan sinetron dia..... tup2 hilang...... sedih memang sedih, bak kata hubby aku, 'bibik akak anak orang.... maka kenalah lepaskan juga sebb dia punya ibu bapa mcm akak gak.....' Alhamdulillah.. dah ok la hari ni, cuma masih lagi nak suh call bibik jek bila teragak...
So, bermula lah episod Mira menjadi pembantu rumah aku.... sehari dua ni oklah..... Sabtu lepas, kami talked to Mira one to one masa anak2 tak ada.... nasihatkan dan betulkan balik arah tuju dia keje dgn kami.... kalau setakat keje nak cari duit atau nak larikan diri masalah, kami tak mau.... kami nak orang yg keje dengan kami dgn ikhlas dan senang hati.... peraturan rumah semua nya kami dah terangkan.... tak susah, janji ada sikap Jujur, Amanah dan Ikhlas dlm rumah tu semua nya akan jadi mudah dan gembira.... dan jagan berkira buat kerja dgn kami maka kami tak akan berkira dengan dia.... bunyi tegas kan? tp itulah yg kami buat terhadap desi dulu.... kami faham, diorg ni perantau, jauh dr keluarga.... maka kalau kita anggap dia keluarga dan dia pun anggap kita keluarga, maka senang lah kita nak bekerja...... tapi still, kita berurusan dengan manusia.... sedangkan kita sesama kita pun ada yg terasa hati dan gaduh2.... ini kan pembantu rumah yg rumpun yg berbeza....
Untuk hari pertama ni, aku suh Mira siapkan barang2 utk masak sup telur + kentang + carrot..... pastu suh dia goreng ikan bila anak nak balik sekolah.... hari ni Muiz tak nak makan heavy sebb tonsil dia tak baik lagi.... masih bengkak so kena jaga pemakanan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan