Rabu, 2 Mac 2011

Rindu Di Awan Biru - Meen Zulaikha


Akhirnya tammat sudah novel ni.... amik masa seminggu gak lah nak katam... (sibuk bangat sih..) Novel ni di beli masa karnival Karangkraf kat sek 13 Shah Alam January lepas.... Tak ada sapa yg rekemen, suggest or suh beli novel ni.  Masa pilih2 novel baru kat rak tu dah tersuka lak dgn cover dia, pastu baca sinopsis mcm best jek... ok sambar.... Beli sekali novel Tajdid Rindu dgn Aku Kan Kaktus..... 

Aku kan kaktus tak best... ok tak pe nanti itu aku ulas later later ok.... 

Aku suka citer ni, citer ni macam2 rasa ada cinta, geram, marah, sedih semua ada... Mula2 citer pasal kesusahan Hanan dgn adik badik dia, tapi nak menyampai ke bab cinta2 tu agak lambat tp still ada feeling2... best masa Akmal nak ngorat Hanan... feeling aku lak jadi si Hanan tu yg kena ngorat dgn Akmal... masa dlm flight tu yg kapten Akmal nak jumpa Ikhwan tu yg best... perghhh kalau lah setiap kali aku terbang, aku bagi message kat kapten nak tengok kokpit pastu kapten tu datang kat seat aku suh aku standby masa landing utk tengok kokpit mesti best kan??? Dahlah kapten kapalterbang ni, nampak gorgeous jek bila dlm uniform.... muahaaaaa....

Sinopsis:
Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin.  Menjadi seorang isteri tiada dalam kamus hidupnya.  Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia.  Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami tp tidak tau menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki.  Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu.  Semuanya berlaku tanpa dirancang tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga.  Dalam pilu, dia diburu rindu.  Dalam duka, dia mengharapkan bahagia.  Sanggupkah dia "bercina buta" utk kembali ke pangkuan Akmal sedangkan kehadiran Ridz mulam membawa cahaya dalam hidup nya.

Watak Hanan digambarkan seorang yg keras hati sebb tak mau berkahwin akibat pengalaman ibu dia Sabariah, diabaikan oleh suaminya. Cerita masa dia kecik2 dgn adik2 dia mmg agak sedih lah.... kesian sebb ibu dia jadi mangsa poligami kerakusan ayahnya. Tp mudah amat cair bila dirayu oleh lelaki. tu yg benci kat Hanan ni... he he

Watak Akmal pulak agak romantis, pandai mengambil hati dan loving.... kiranya aku pun boleh senyum2 lah bila baca mcm mana Akmal nak ngorat Hanan hinggakan dia berkahwin di Masjid Biru. Feeling beb....

Sedih bila Hanan dpt tau dia jadi isteri kedua Akmal, difitnah pastu di ceraikan dgn talak 3.... geram sungguh dgn Bahari dan Akmal...

Watak Ridz pulak mcm kejap je, tp agak suspen, siapa dia.....? tak sangka tu....

Ending watak Hanan Akmal boleh jangka sikit lah, tp ending yg lain tak dijangka lah...

Aku dah  rekemen buku ni kat kawan2 aku... Aku pun rekemen lah sapa2 nak baca....

Rate:  4.5 *

Tiada ulasan: