Bayangkan seandainya satu episod malang membunuh segala kebahagian yang anda miliki dalam sekelip mata, melunyaikan segala mimpi indah yg pernah anda ciptakan. Persoalan inilah yang menemukan saya dgn titik permulaan kisah "Biarkan Ia Pergi". Saya cuba membayangkan betapa rapuhnya titian perjalanan hidup yang harus kita rentasi. Saya mahu membaca meneroka hidup Alissa Othman, gadis yang tidak pernah mengenal erti putus asa meskipun hidupnya beronar derita- Liza Nur...
*************************************************************************
Walawei..... lama tak update novel yg aku baca dlm blog ni.... klu ikutkan ada 3, 4 bijik novel dah abih baca dah tp tk update.... entah apasal tah malas..... dey minachi... malas kalu jgn buat blog lah.... he he...
Ok, kali ni nak ulas novel Biarkan Ia Pergi ni. Novel ni beli masa Pesta Buku Selangor baru2 ni, recommended by budak Prima. Novel ni mmg tragis sikit, kisah Alissa dirogol tanpa diketahui sapa yg rogol dia sehingga dia hamil dan beranak dan anak dah 5 thn baru jumpa ayah biology dia. Lepas dia kena rogol kat Adelaide tu masa dia student, kawan baik dia boleh buat fitnah kat pakwe dia Izani dan kawan2 yg lain kata Alissa ni buat mende tak senonoh sebb tension study... ish ishh... sampaikan si pakwe dia Izani boleh percaya ckp Fara... dan tu berpacaran pulak dgn si Fara....
Zaquan Zachery (apasal lah susah2 sgt author ni nak bagi nama watak yg susah2 nak sebut kat dlm novel), watak hero dlm citer ni yg tak sengaja merogol Alissa, bila dah jumpa Alissa, cuba nak menangi hati Alissa tanpa bgtau Alissa siapa dia sebenarnya. Dan kenapa dia buat begitu sampailah setelah dia menikah. Timbul pulak ex boifren balik nak pecah belahkan diorg.
Citer ni part sedih masa Alissa hamil, di buang keluarga dan melahirkan anak dia Ameen Zakuan. Kira struggle habislah dia. Citer ni lebih kepada semangat setiakawan antara watak2 yg ramai dlm novel ni. Kena bacalah novel ni bagi habis baru tau ending dia apa... tp ending dia still happy ending lah...
Aku rate buku ni 3.5 bintang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan