Sabtu lepas, aku boring kat rumah.. ajak anak2 lunch kat luar. Hubby tak ada gi JB nengok site dia kat sana. So, dlm berkira2 nak belanja anak mkn McD, tup2 dpt idea nak pegi Ice Room kat Nilai. So dah pukul 12 thari ni bwk lah diorg gi Ice Room... budak2 sukalah gi situ sebb ada icecream.... sampai kat simpang 3 dr tol tu aku tersalah jalan amik ke Nilai 3 lak, adeh nak patah balik jalan ke Nilai 3 jem pulak... so, sampai kat ice room tu around 12.40 thari. Tup2 mak telipon lak, suh jumpa kat kampung uwan aku kat Kg Tanjung, Rembau suh amik rambutan yg byk dah kena makan dek monyet. Uwan aku bukan ada kat kampung duk rumah makcik aku kat Klang.
So, kami sampai kat Ice Room tu ramai lah juga org. Nah, ini gambar apa yg kami order kat dlm tu....
Ini Blueberry Snow Ice.... RM7.90
Ini Strawbery Snow Ice RM7.90 gak
Farah dgn muiz nak order smoothies yg sama, strawberry smoothies... tak payah, korang amik 1 sila kongsi sebb nya bukan habis pun...mmg betul pun diorg tak habis. Farah kata, sama je rasa dgn aiskrim ni, tp masam... he he he...
Ini order utk Muiz, Chicken Chop with blackpepper sauce. Sause dia sedap.
Ini order Farah, Chicken Chop with rice + blackpepper sauce. tak best sgt lah...
Yang ini pulak aku order.... kelakar giler makanan ni. Hot + Spice Noodles. Sbb apa aku ckp kelakar, sebb dia sejibik mcm maggi tomyam jek.... serius... sampai2 kat aku je naik gelak sebb dia just buh mee tu + air panas, pastu buh sambal... buhlah sayur yomak dgn sawi tu.... serius.... kelakar... mcm mee celup kat bangi tu jek... sedap lagi mee celup tu kot... he he he....
Overall, restoran ni indah kabar dr rupa. Aku mmg tak rekemen lah sapa2 yg tanya aku lepas ni utk pegi. Kat bangi nak buka dia punya branch. Hopefully, hat bangi ni sila lah jaga kebersihan lantai, kerusi dan meja restoran. Jgn harapkan interior je lawa tp hakikat nya kotor.... dapur dan bahagian cuci2 pun kotor... serius.. aku tak akan pegi lagi yg dekat nilai ni.... harap pekerja je ramai....
Lepas tu dr Nilai aku terus ke Rembau....
Ni si desi duk peti buah rambutan.. nampak sikit je kan rambutan nya? tp banyak gak lah kami dpt amik... siap si desi ni panjat2 lagi pokok ni tk puas hati kt bahagian bawah tak dpt amik byk....
Si Farah tukang kutip.... alahai... yg ibu dia tukang makanlah..... Buah pun tak brp nak menjadi + dimakan oleh monyet2 kat kampung tu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan