Hari ni nak citer pasal perfume.... puncanya begini..... ada budak opis aku nak jual perfume kat aku Addict Dior... memang wangi giler lah... sbb aku ada miniature size nya... budak ofis aku ni kata, kawan dia balik dr Dubai jual... so duty free item lah tu..
Mula2 aku teruja gak nak beli sebb 100ml EDT worth RM150... quite cheap kan?... of kos size yg besar gitu harga dia mahal... lagi2 Dior..... tapi hati aku was2 sikit sebb aku penah beli yg budak2 ni jual mcm ni, tp lama2 bau dia busuk.... so aku cuba cari dlm internet macam mana nak kenal perfume ori dengan tidak....
so aku terjumpa lah, satu blog ni.... detail sungguh cara2 nya... malangnya aku terlupa nak ingat nama blog tu..... ni aku copy paste kat sini ek cara2 nak kenal perfume ori dgn tidak....
*********
Kepada
perfume addict, mungkin tak menjadi masalah untuk kenalpasti sama ada perfume tu original atau imitation (tiruan ---> super grade, AA/AAA). Cara mudah untuk kenalpasti ke"original"an sesuatu perfume tu:
1. Packaging
Kalau dah biasa beli perfume original, pasti tahu cara packaging yang original macam mana. Kena pastikan ada label manufacturer, supplier & tarikh pembuatan (manufactured date). Lagi satu, selalunya perfume imitation hanya dalam botol saiz 100ml sahaja. [Saiz 50ml, 30ml atau 20ml memang jarang sangat]
2. Harga
2. Harga
Selalunya kalau perfume yang original untuk 100ml tak akan kurang harganya dari seratus ringgit. Tapi kadang² ada juga yang jual murah dari harga pasaran. Tapi kalau perbezaannya terlalu banyak, mungkin perfume tu adalah perfume tiruan. Contohnya : Di kaunter pasaraya perfume berharga RM250, tapi di
pasar malam atau ekspo dijual pada harga RM50 sahaja, nampak sangat le perfume tu tak original.
3. Kacairan (liquidation)
3. Kacairan (liquidation)
Perfume original bentuk kecairannya bukan macam air. Dia akan kelihatan macam water-oily. Kalau digoncang, ianya akan berbuih banyak tapi kecil² & hilang dalam masa yang agak lama. Berbanding dengan perfume tiruan, ianya akan berbuih banyak dan besar² tapi buihnya akan hilang dengan cepat [kerana telah dicampur dengan air]
(yang ini aku dah cuba buat kat perfume2 aku kat rumah... yes... mmg benar...)
Lagi satu, sembur perfume pada kertas. Kemudian kibas² kertas supaya kering. Perfume ori akan nampak kesan pada kertas tersebut. Jika tiruan, bekas semburan akan hilang. Ini adalah kerana perfume tiruan telah dicampur dengan spirit, jadi spirit cepat meruap & hilang. Sebab itu, jika perfume tiruan, bila terkena kulit, akan rasa sejuk.
4. Bau
Perfume original, baunya akan bertahan untuk jangka masa yang lama. Tapi jika ianya tiruan, baunya hanya bertahan sekejap sahaja [hampir menyerupai EDT atau cologne sahaja].
Semoga dengan tips ini membantu korang semua membezakan antara minyak wangi asli dengan yang tiruan.
Semoga dengan tips ini membantu korang semua membezakan antara minyak wangi asli dengan yang tiruan.
************
happen to be, budak ofis aku sorang sudah membeli dan membayar sebotol perfume itu.... maka aku minta izin dia nak buat test yang sembur pada kertas putih tu..... terbukti !!!..... compare dgn perfume stok aku kat ofis, kesan kat kertas antara perfume yg kawan aku beli dgn perfume ori yg aku ada sgt berbeza.... perfume aku meninggalkan kesan mcm kesan minyak kat kertas berbanding dia punya.... dia punya, spray aje kat kertas dlm 5 saat pelan2 kesan perfume hilang....
Cuak dah muka kawan aku tu he hehehe..... tp still.... murah lah kan?...
so... ini adalah tips yg aku nak kongsi dengan kawan2 aku yg suka dgn perfume... aku bukan nak memusnahkan periuk nasi sapa2 yg jual perfume duty free ni.... tp kepada yg suka perfume, nah... aku share....
Still yg kawan2 kita jual yg murah tu tetap murah.... still worth for buying....