Khamis, 16 Ogos 2012

Iklan Raya Bernas....

Setiap tahun mesti aku tertunggu2 iklan raya mana yg bakal meruntun kalbu atau mencuit hati.... selalunya iklan2 dr Petronas yang paling kita tunggu kan?... sebab iklan2 arahan Allahyarhamah Yasmin memang akan meninggalkan kesan kepada seesiapa aje yg tengok.... betul tak?... betul tak korang pun tunggu gak iklan2 raya setiap tahun?.... he he he.... 

Tapi selepas Allahyarhamah tiada, tiada lagi iklan2 yg bagus ... akhir nya tibalah iklan ini....

Tahun ini aku nak rate iklan Raya Bernas yg paling best.  Ada ke iklan raya lain ni? mcm tak ada jek.. walau ada pun, aku tetap nak rate dia the best iklan ever....... paling sedih... paling meruntun kalbu.... paling mengusik hati... paling berjaya membuatkan airmata aku mengalir tak henti2..... walau tak bersuara menangis tapi air mata aku tetap mengalir di pipi mulusku..... lepas tonton, air hingus pun keluar menandakan aku menangis betul2.... bukan tipu2 punya.... (dahlah tengok kat opis...) Tajuk iklan ini adalah Perjalanan... sebelum tu tahniah kepada pengarah iklan ini yg mengarahkan iklan aidilfitri yg baru betul konsep dan temanya....

Mula2 aku tengok kat FB member2 duk promote dan post iklan raya tu aku mcm tak berapa nak kisah sangat... aku pikir nanti2 lah aku tengok... suka2 je kawan2 aku ni post iklan raya ni.... tapi suatu hari aku received link video dari hubby tru BBM suh nengok iklan raya Bernas... emmmm hubby aku post link iklan raya?... pelik gak mulanya sebb mana lah laki aku heran dengan apa2 yg bukan pasal keje dia waktu opis hour ni..... so, mesti ianya something sepecial yg juga menyentuh perasaan hubby... well aku pun gi lah nyibuk kat meja budak praktical yang pakai berukband ni.... wifi ofis dah blok youtube lah....

7 minit director's cut version..... emmm korang dah tengok lum?... klu tak tengok lagi mesti tak paham kan?... gi tengok cepat..... semua org duk sibuk perkatakan tentang iklan ini jangan ada yang kata belum tengok lagi... ini mesti bukan duk Malaysia ni... 



part kat dewan makan ni yang aku start sedih..... waaaa.. tengah menaip ni pun bulu roma aku merinding... masa Ahmad yg cacat pendengaran tu pegang tangan Fizi yg cacat penglihatan utk bagitau dia , ayam, buah, sayur..... oooo sedih sungguh..... mereka saling memerlukan.... pastu masa semua kawan2 diorg citer psl kegembiraan balik rumah saudara mara.. diorg ni duk asrama jek... uwaaaaaaaaaa sedih ooo..... 

pastu bila semua orang dah balik, diorg tinggal berdua kat dorm.... Ya Allah... aku tak leh imagine kalau raya aku tinggal berdua macam tu.... tak pernah aku mengalami situasi macam tu dalam apa saja keadaan.... sambil Ahmad kuarkan gambar mak dia... (ekceli aku tak paham apa yg Ahmad cakap sebb dia kan cacat pendengaran maka tidak pandai bercakap...) aku just refer to sarikata in english kat bawah tu nak paham.... sedih nya aku.... kecik2 lagi dah jadi yatim... 

Aku suka watak Fizi yg senyum jek... dan ceria.... 

 Pastu diorg tinggalkan nota dan keluar dari asrama tu nak cari mak Ahmad... gi cari tiket bas, tiket bas habis... tp Fizi ada idea pegi stesen ketapi lak...


gi pulak stesyen keratapi, seat tinggal satu jek.... hampa je muka diorang.... diorg tunggu jek kat station ketapi tu sebab dah no idea nak naik apa.... tup2 dengar ada satu uncle india tu nak hantar barang ke segamat.... diorg seludup belakang lori tu nak balik segamat.... tiba2 kotak kat belakang lori terjatuh..... uncle india tu marah sebb diorg seludup masuk.... bila diorang kata diorang anak yatim, uncle tu terus lembut hati.... masa ni korang tau tak?... dek punya menghayati nya aku kat iklan ni sampai aku nak aje ucap terima kasih kat uncle india tu sebb kasihan kan diorg dan bagi diorg duduk kat depan lori tu..... baik nya uncle india tu.... kalau org lain entah2 suh turun tengah2 jalan tu.... 

Dah sampai kat satu masjid kat segamat, uncle tu pun pelik tengok tak ada rumah kat area tu.... kat situ aku dah syak diorang ni nak gi kubur.... 

Pastu part yg Ahmad mandi kat masjid tu... itupun aku boleh nangis.... sebab sangat daif dan sedih..... mandi kat masjid.... kalau betul lah diorang ni benar2 berlaku dan aku yang terjumpa diorang kat masjid tu masa tu, memang aku bawak diorg balik dan bela diorang.... sangat sedih tau.... (over sungguh tengok iklan...)

 Pastu masa diorg pegi ke kubur tu dan pegang batu nesan mak Ahmad tu..... tak leh tertahan2 dah airmata.... merebeh kuar macam baru lepas  tengok citer industan... dengan muka2, mata2 dan hidung aku semua nya merah...

seriusly.... inilah iklan raya yang paling sedih.... paling paling sedih yang aku boleh nangis dan dan tu gak selepas iklan petronas (tahun tak tau) yang asingkan bapak dia makan sebab bapak dia makan sepah2 tu dan cucu dia pun ikut kelaku mak ayah diorg .... (padan muka mak ayah diorg ) 

ini aku amik dr petikan sokabar sikit tentang watak Ahmad dan Fizi.....  (i adore them walau diorg cacat... sangat kiut ok...) 

"Watak Ahmad dalam iklan komersil itu dilakonkan Ahmad Abdul Matin
Asmadi, 12, yang pekak dan kini belajar di Pusat Pertuturan Kiu. 

Watak Fizi pula dilakonkan Amirul Hafizi, seorang kanak-kanak cacat
penglihatan yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Batu"

bak kata kawan aku Adzraus... iklan ni mcm cerekarama.. boleh cover semua citer dlm 7 minit.....

Moral yg aku dapta dr iklan ini adalah:

1) Bersyukur... bersyukur... bersyukur... atas apa saja kekurangan yang kita ada sebab ada lagi orang yang lebih kurang dari kita...
2) Hargai ibu bapa.. kerana, bila mereka tiada, kita akan hanya ada batu nesan saja untuk diziarahi... 
3) Hargai persahabatan... kerana sahabat yang baik adalah saling melengkapi dan memerlukan dan menyokong (refer to perbuatan Ahmad yg pegang tangan Fizi tunjuk kan makanan dlm pinggan tu... dan Fizi yang jadi jurucakap utk Ahmad)

So, SELAMAT HARI RAYA.....







Tiada ulasan: