Selasa, 9 April 2013

San Francisco Part 3


San Francisco adalah salah sebuah negara di US ni yg paling dilawati.... terkenal dengan musim panas yg sejuk dan berkabus... jalan yg berbukit2....  tidak kotor...

my personal opinion, aku rasa sebb persikataran yg cantik dan cool dan nyaman jek.... tak ada air pollution, tak ada org2 yg mencurigakan di jalanan... ada pun tak ramai... gelandangan memang ada, tp tak ramai.... kiranya kalau nak hidup kat sini mmg best lah kalau mmg ada sebabnya.... sebb cost of living kat sini mahal... tapi rumah2 kat sini lawa2.... 

Ok, 1st day siang kat sini, kami decided utk pusing2 town dengan hop on hop off bus.. acara wajib lah sebab tak pasti bila boleh pegi bila bapak2 ini dah mula bersidang.... 

Pagi2 Mr. Hew, Oily dan Pak Jimmy dr Indonesia dah tunggu kami kat lobi bawah... 


sib baik sempat amik gambar tiket ni, bayar $8 kat agen dia kat hotel, pastu balance $28 byr kat bas.... pastu dia bagi kita kertas mcm resit beli barang kat kedai runcit sirna tu hehehe.... kena simpan resit tu sampai kita habis trip.... sebb resit tu yg membolehkan kita naik bas nanti...

Kami kena gi Union Square which kena jalan a few blocks away.... dahlah tu hujan lak tu.... adoiii sejuk gedik... sejuk gedik means sgt sejuk sampai ke tulang sum sum yea... bukan setakat sejuk manja je...
Cable Car yg laluannya betul2 kat sebelah blok kami..... tak nampak kan tali kabel nya dia atas? kabel nya di bawah jalan... sapa2 je boleh naik kabel car ni sepanjang laluan dia.. bayar je kat pemandu dia yg jaga kat belakang kabel car ni... kalau nak naik dr atas bukit ke bawah bukit.. $7.  Nanti kami naik aku  bgtau ek..

Hari ni aku nak jamu dgn pemandangan di sekitar SF yg kami lalui dgn bas open top tu...
kami di depan Union Square.... kat belakang tu pokok sakura berbunga...





salah satu public transport mereka.... diorg ni byk public transport... sepanjang aku nampak ada 4 jenis... tak termasuk hop on hop off yea... kiranya org kat sini tak kisah sgt nak memandu.... lagipun, bentuk rupabumi berbukit2 maka mcm susah jek... setiap blok mesti ada traffic light... klu org msia dah tak sabar dah tu...

 kat atas ni adalah gambar dewan simfoni diorg yg besar... equipment diorg cukup lengkap di dalam ni... dari luar boleh nampak piano yg besar...

gambar bawah, city hall diorg...


 bentuk rumah2 diorg memamg sgt unik dan klasik.... ada yg sangat tua usia nya...


aku kat atas bas depan city hall, The Japanese Garden... masa ni hujan gerimis, tp sebb duk atas bas, maka angin sgt kuat... perghhhhhh.... tak tahan tul sejuk dia.... sib baik bwk sunglass, klu tak beku contact lens aku dlm mata ku.... 

next adalah muzium earth quake... kat dlm ni adalah sejarah earth quake yg berlaku kat diorg thn 1906... ada juga siri eartquake berlaku dlm jangka masa yg jarak2 lah... sbb tu rumah atau bangunan diorg tak tinggi2... sebb utk bina satu bangunan yg tinggi mmg amik masa dek angin kat sini yg kuat....


seperti biasa, negara org putih mesti ada statue kat mana2.....

ini pula adalah botanical garden.... tempat riadah diorg...

 China Town di sini adalah sgt besar.... orang cina ni kat mana2 pelusuk dunia pun ada 'china town' diorg sendiri kan?... suka berdagang...




Tiada ulasan: