Jumaat, 30 April 2010

Catatan di Chicago

Gambar kami di Jonh Hancock's Observatory. Boleh tengok pemandangan keseluruhan Chicago dr atas ini. Ala2 KLCC lah. ada 96 tingkat tp kami hanya boleh sampai ke ting 94 aje. Lif nya dasyat lajunya, 40 saat tuk sampai ke ting 96. Laju giler.... Dalam Lif utk ke ting 94. Gedung Apple di Chicago. Sukalah hati hubby aku dpt ke sini. Lain mcm sukanya mcm aku suka nampak butik Coach... he he he Tulip sedang mekar di sini.... byk sungguh tulip di sekitar bandar Chicago ni.
Utk hari ni, ini ajelah gambar semalam yg boleh publish kat blog. Nanti jalan2 lagi masukkan lagi gambar ni....

Jalan2 sorang kat Macy Chicago

Tadi kan, aku jalan sorang2 kat area hotel.... jalan lah ikut gerak hati.... tup2 jumpa Macy.. tu dia... laju ni kaki jalan nak sampai kat macy. Sebenarnya tak bwk kamera. Ingat hubby bwk kamera kecik 1 je which dia dh bwk gi meeting td. Rupa2nya aku punya sony pun ada lah... aiseh.... aku berkenan nak amik gambar lrt dia. Bukan LRT tu yg aku suka tengok, tp dia punya rel tu mmg old pesen. Mmg dolu2 punya style... tren dia pun dulu2 gak. Nantilah, aku kuar balik jap lg aku amik gambar.
Skrg ni nak kongsi gambar kt dlm Macy. Curi2 tu amik gambar guna blackberry aku. Buat2lah mcm aku baca sms. Aku tk tau lh boleh amik gambar ke tak. Aku ni penakut sikit, sebb aku pakai tudung kan, aku takut aku menyukarkan keadaan nanti dahlah jalan sorang2. ishhh biar lah penakut di tempat org dr berani tak tentu hala.... bukanlah nak salahkan pakai tudung, cuma aku ni mmg penakut... dah lah yg jaga tu pompuan2 black yg besar2 size dr aku....
Tu dia aihhhhh..... idaman ku di depan mata.... semua ribu2 je lps convert to MYR.... emmmm ... nak gi factory outlet dulu, nengok kalau tk ada baru cari kat sini.\
Bukan takat Coach, Fossil, Aigner, Le Sportsac, Nine West, Guess pun melambak kt sini. Beg Samsonite half price... emmmm .... Perfume mcm2 dah aku bau naik pening kepala aku membau... dah naik lupa mana bau yg harum... nak beli, kena bau lagi sekali lah. Takpun bwk kopi nyahkan bau sebelum tu sebelum bau yg lain. Lama2 mabuk todi....

Perjalanan ke Chicago US, Part 2

Mlm td (waktu Chicago) sampai pukul 9.30 mlm. Patutnya sampai awal 1 jam tp flight dr JFK New York delay due to apa tau, due to semua planes kena beratur panjang2 mcm beratur org nak bayar kat kounter Sogo masa Ohh Sales tu.... bayangkan nak take off je kena beratur. Sbb runaway 1 ditutup utk keje2 mantainance... Dpn airplane kami ada 20 bijik kapalterbang nak berlepas. Mana tau? sebb kapten flight bgtau laah..... Belakang pulak ada dlm 10 bijik kot. Mana tau? sebb sempat kira.... he he he... Sampai2 je terus cari cab. Alhamdulillah, driver cab tu pulak org Islam Somalia.... suka betul dia tau kami muslim KL ... Kenal pulak dia dgn Kuala Lumpur, tp dia relate dgn Singapore. Dia ckp, KL is fast growing city. Semua hi tech... aku rasa dia nak kata moden lah kot.... Ok nak citer apa terjadi kat aku masa kat JFK airport. Aku kena buat thorough check up sebelum masuk terminal 2. Kena raba baik punya oleh imegresen wanita. Aku pun tak tau naper, sebb pompuan lain semua lepas jek. Aku rasa lah kan sebb aku Muslim, sebb aku pakai tudung. Tp pompuan imegresen yg raba aku tu baik lah... sori mem.. sori mem.... aku tak leh lah marah sebb ini tempat org kan... Kalau tempat aku pun aku tak leh marah gak he he he... Sampai2 je kat hotel, kami stay kat Hard Rock Hotel, kami terus mandi... terus tidur... mcm tak sedar dunia... letih giler mcm sayur rebus lembiknya. Naper pilih hotel ni?... emmmm yg tu biarlah aku dgn dear hubby je tau... letih ar nak explen byk2.... Dpt tidur dgn baik dah ok lah kan... bilik pun cantik dan selesa. Satu lagi mesti ada org tanya, naper pilih transit byk2.... yg tu biarlah kami jwb dlm hati... pun letih nak citer ha ha ha....

Perjalanan ke Chicago, US Part 1

Sekarang ni aku berada dlm flight di atas bumi Amsterdam. Mana aku tau aku kt atas Amsterdam, alah tengoklah peta kt dlm flight tu he he.. Belum separuh pun perjalanan dr Doha ke JFK New York. Penerbangan mengambil masa 14 jam. Aduhai… lagi 8 jam nak tempuh perjalanan. Tp sebb nak jalan punya pasal, kena lah hadapinya. Mlm td kami di hantar oleh Ajak (staff laki aku). Thanks to Ajak. Sampai di KLIA dlm pukul 12.30 pagi. Flight dr KL ke Doha pukul 2.55 pagi sepeeii… Sampai2 je dah ramai yg beratur nak check-in. Kami bwk 2 beg besar gak.
 
Senang nak membeli belah tak yah cari beg lain. Beg penuh makanan jek. Tapi cekelat kit kat kami tertinggal dlm peti ais rumah.. hu hu… Dlm flight kami ramai gak mat hitam beratur. Ada yg nak balik Nairobi (sibuk lah pasang telinga masa dia nak cek in tu). Punyalah lama nak sampai turn kami. Sampai turn kami dpt pulak budak trainee yg handle… alahai… mcm2 dia Tanya kat akak sebelah tu sebb kami minta dia check in kan beg kami dr KL straight to Chicago. So kami tak yah lah susah2 nak amik beg dan check in beg setiap kali landing. Buang maso yo…. Adalah dlm setengah jam kot budak trainee tu nak proses kan boarding pass kami sampai ke Chicago… tup2 pandang belakang dah tak ada org yg ramai2 beratur sama flight dgn kami. Aiseh man…. My dear siap ckp kat budak tu “beg kitorg ni last ni, jgn beg tak sampai Chicago dah…” mana taknya buatnya staff bagasi KLIA tu buat sambil lewa je, naya kami… Habis je check in bag, ngam2 masa utk boarding… kelam kabut nak kejar train nak ke terminal.
Sampai just on time. Kami dpt duduk kat seat no 15J & K. Mmg dah minta akak travel agent tu cari seat yg dpn2 tak mo duk kat belakang2. Maka kami bertolak lah dr KL to Doha penerbangan sejauh 7 jam perjalanan. Ramai org Malaysia naik Qatar Airways ni. Aku rasa Qatar Airways ni mmg murah kot. Adalah satu grup warga emas dr PJ dlm 20 org kot nak ke Amman Jordan. Nampak gaya auntie2 tu semua nya jenis berwang tu… diorg bercuti laki bini jek. Ada satu auntie kata, dah tua2 ni travel berdua dgn suami berkumpulan mmg menyeronokkan…. Rata dah auntie2 tu jalan satu dunia. Dasyat tul.. Oklah back to our journey. Sampai kat doha dlm pukul 5.30 pagi waktu Doha. Mcm dah pukul 12 thari panasnya. Satu je aku tak suka service airport Doha ni. Kelam kabut.. pekerja2 kat bahagian check in dia boleh upah org2 luar ni. Mcm bangla, Pakistan, indon pun ada. Pas tu diorg ni tak cek betul2. Sebb tu lah ramai pengedar dadah masuk dr Doha or Abu Dhabi sebb mmg security diorg tak tight langsung. Itu belum citer warga2 indonesia yg kerja pembantu rumah punyalah ramai kat airport diorg nak balik ke indon. Merata2 org indon ni keje. Tengok gambar kt belakang ni...semua tu org indon je tau.


Isnin, 26 April 2010

Makan2 tengahari... kat belakang rumah...

Fadli (baju merah) teringin nak test power naik GTR hubby aku.... Manjang ada je acara makan2 kat rumah aku..... entah aku yg seronok jamu org entah org ke yg seronok makan kat rumah aku..... yg pasti makan2 tu mesti kat belakang rumah aku.... best jek... nyaman je angin sepoi2 bahasa.....
Sebenarnya ada Laksa Penang, tp lupa lak nak amik gambar... itu reason utama naper diorg ke rumah aku.... tp dah makan tengahari, so, buat lah lunch sekali.... menu hari tu, masak lemak cili padi ikan kurau + terung, bendi rebus cili api + sambal ikan bilis......

Bila ek kita nak ada baby sendiri....

Tengoklah gambar anak adik aku..... Nama dia Nur Syamimi Zulaikha @ Ika... dia ni punyalah debab membesar tak kecik2..... sekali jumpa debab, sekali jumpa debab... keje dia main jek... kalau kena mood dia nak gelak, manjang nak gelak dgn berborak jek.... Gambar2 ni snap semalam masa aku buat makan2 kt rumah aku. Eeeeeiiii... geram giler aku dgn si kenit ni... pipi dia labuh dek tembam nya pipi dia.....
Aku lah org pertama yg basuh berak dia masa kat hosp serdang 8 Dec 2009 hari tu.... ada ke sampai2 je aku kat hosp nak gi visit dia, ibu dia suh aku basuh berak dia. Dahlah aku dah lama tak basuh berak baby. Si muiz pun dah 9 thn lebih dah skrg.... imagine lah brp lama tak basuh berak baby..... tapi sebb anak buah punya pasal... aku buat2lah mahir...... padahal terkial2 gak aku hari tu....
Semalam Muiz main2 dgn ika tup tup soklan dia "ibu, bila nak bagi baby kat adik..? adik nak baby"... adeh.. ingat baby ni main dpt2 mcm tu je ke?... ishhh dia tak tau honeymoon dah berkali2 dah gi oversea.... jadi nya tk dpt gak... ishhh..... soklan boleh buat ibu kamu ni pitam lah....
Anyway, congrate to Siti Nur kwn sama keje yg baru je diberitakan telah hamil anak ke 2, yg jaraknya 7 thn..... Seronok dengar org pregnant.... kita ni last pregnat pun tahun 2004.... tp tak lekat... gugur gak lah kali ke 3......
Apa2pun .... aku bersyukur ada sepasang anak yg aku kandung sendiri dan membesar depan mata ku sendiri..... Alhamdulillah.....

Sabtu, 24 April 2010

Hari yg meletihkan....

Letihnya rasa ni... dari pagi sampai la ni baru nak rehat. Pagi2 keluar brekfes dgn my dear hubby dgn kids. Farah ada kelas tambahan wajib sek agama dia. Muiz ada kelas guitar dia kat alamanda. So, lepas sarapan hantar farah dan terus ke Carrefour Alamanda nak beli barang dapur. Seawal 8.30 pagi dah sampai K4... awal giler. Barang dapur ni nak kena beli awal supaya bila dah terbang ke Chicago rabu nanti, org yg ditinggalkan tak susah2 nak beli2 barang dapur ni. Lepas beli2 barang dapur pegi pulak ke Yamaha hantar muiz masuk kelas guitar dia. Kelas dia setengah jam jek.. Farah dah dicutikan dr kelas piano sebb masa dia byk clash dgn kelas2 tambahan dan ganti sekolah kebangsaan dan agama. So nanti, lepas upsr baru sambung balik. sementara Muiz dlm kelas tu, aku gi masuklah watson nak beli ubat2 utk bwk travel. Mmg jadi kebiasaan kami kalau gi travel stok maggi cup, biskut, coklat kit kat dan ubat2an mesti ada. Susah nak cari2 kt negara org. Lagi2 negara mat salleh ni. Pukul 11.30 pagi jemput si farah, asnad dan arip dr sekolah. Actually diorg habis 10.30 tp ada miss comm pulak dgn bpk arip ni, so terpaksalah diorg tunggu kami balik lepas kelas guitar muiz.... nak buek camno kan... Lepas tu pukul 1pm gi makan kat rumah adik aku, angah ida, kat Sri Kembangan. Mmg dah plan awal2 nak gi lunch rumah dia... Lepak2 gi rumah dia, pastu rushing lak gi pasar malam bdr baru bangi nak cari ikan kembung nak buat laksa. My dear hubby ni nak gi Jakarta esok, sebelum fly nak suh buat laksa dulu... dia kata, makan laksa kat penang last weekend tak sesedap laksa kat sg merab.... bini masak lah tu..... mmg lah air tangan bini sodap... tu belum citer air peluh masuk dlm tu............ hu hu ............. acah aje.... Oklah, aku nak tidur, esok nak bangun pagi utk gi pasar borong beli stok lauk utk 2 minggu lak.... sepeninggalan kami ke Chicago nanti, kami pastikan org rumah tak susah2 cari stok.... itu mmg dh prinsip kami... jgn susahkan mak or sapa2 yg jaga anak2 kami nanti.... biar org senang hati jaga anak2 kami sebb semua bekalan cukup... oklah... bye nak tidur dah....

Isnin, 19 April 2010

Balik kampung Tanjung @ Rembau

Si Muiz, sakan main badminton, terkena duri semalu.... durinya adalah besar hujung jarum tp jeritnya mcm kena tusuk batang pokok lauk pauk yg aku masak tu dlm bekas kuning, bekas hijau dan oren. Yg dlm bekas pink tu mak aku bwk dr rumah dia Abah yg keletihan buat keje...
Semalam aku balik Kg Tanjung, (kampung Farah Fauzana gak ni) kampung di mana dulu masa kecik2 balik raya kat sana lah. Kampung abah aku. Aku suka balik Tanjung ni sebb laman uwan aku bosar... Anak2 aku pun suka amek lah dpt balik Tanjung sebb diorg boleh buat apa saja kat sini. Tapi semalam uwan aku tak ada, dia kat rumah anak pompuan dia kat Jerantut. Abah ngan pakcik makcik balik sebb nak betul kan pintu rumah uwan yg dah kena makan anai2, pam perigi yg bekalkan air ke rumah baru tu dah rosak. Kebetulan semalam tak ada apa nak buat sgt, budak2 dah buat homework, kumon dah settle, farah dah buat latih tubi sabtu dan ahad pagi, tu yg dpt idea nak balik. Hubby lak pegi Kedah sabtu petang tu. So, tinggallah aku, budak2 dgn si desi. Maka, disebbkan oleh ketiadaan air semalam, maka mak minta lah jasa baik aku utk tolong masakkan lunch dr rumah. Tak ada hal... mudah amat..... masak Udang + buncis masak lemak cilik padi, sayur pucuk paku goreng, ayam goreng, ulam petai. Kebetulan pulak makcik aku bwk ulam pucuk ubi dgn ulam raja... Maka makcik aku yg caterer tu buatlah sambal belacan sikit.... (mak ai kecur air liur aku tgh menaip ni)....
Bertolak dr bangi ni pukul 10.30 lepas muiz habis tekwando dia. Sampai kat Tanjung pukul 11.45... keta tak banyak sgt. Bwk pun bukan laju sebb bwk budak2... bukan nak rushing pun... Sampai2 je pakcik2 dgn abah tengah betulkan pintu rumah uwan. Dgn air tak ada, minta sambung paip dr rumah org sebelah.... Budak2 pulak bwk reket badminton nak main badminton kt rumah uwan. Memang laman rumah uwan den bosarrrr..... kalau main nyorok2 mmg tersorok terus lah... silap haribulan tak tau cari jalan keluar kena sorok dek hantu tetek hu hu... itu belum citer byk pokok2 laman org tak terjago...
sebenarnya ada byk gambar aku tp kat dlm kamera bibik, belum transfer lagi. Nanti later2 aku buh lah dlm ni. Buat masa ni tataplah gambar dr BB aku dulu...

Khamis, 15 April 2010

Makan2 di Kawan Kopitiam

Malam td, seperti biasa hari aku dgn my dear hantar anak gi tuition kat Seksyen 3 Bdr Baru Bangi. Selalunya balik rumah dan akan keluar balik lepas 2 jam nak jemput anak. Tp semalam my dear lapar (dan aku pun lapar gak sebb tak makan nasi he he he... konon diet... kononnnnn...). So kami pegi lah makan kat Kawan Kopitiam (kepunyaan Ezzah Aziz Fauzi TV3) yg dekat dgn tuition ctr anak. Aku makan Szechuan Kueh Teow Pedas (sampai pagi ni pun perut aku pedih lagi dek pedas bangat nya)..... nampak memang menyelerakan dgn pinggan bagak punya besar.... mcm big plate lak. Tengoklah ukuran pinggan dgn garfu yg kat bwh tu, besar kan? Ini rupa nak diet? tp oklah menu ni tak oily. Lebihnya kuah dia bertepung jagung + telur hancur jadi pekat lekat lah.... more to chinese food lah... Masa order ni datang terus aku tercakap "mak ai, heavennya..." senyum je adik yg hantar order ni... My dear makan fish n chip. Tak amik gambar sebb sama jelah kat mana2 fish n chip pun.... tp my dear kata sodap gak.... ok lah... Dulu2 aku dgn budak2 opis rajin gak makan kat sini, tp skrg tak lagi..... tu yg semalam tu teringin nak makan kat situ... so masih sedap lah.... my dear tak penah makan kat situ...

Tu tengok my dear, kat mana2 pun laptop ke tablet ke mmg jd teman sejati... tu idea tengah dtg mencurah2 lah tu utk meeting esoknya (pagi ni lah) masa makan tu... sat dia tarik pinggan dia makan, sat dia tolak nak tulis... sat aku jadi secretary dia tulis, lama2 dia tulis terus sbb idea tgh ada....

Tapi aku mmg kagumlah dgn my dear.... dia ni mmg gunakan sungguh2 teknology yg ada tak kiralah yg lama ke yg baru punya product tuk buat keje dia lancar dan mudah.... percaya tak aku ckp, tablet tu jenis old fashion yg my dear beli dgn harga yg dia kata amat murah. Dia godek2 dia install ikut citarasa dia, pastu dia pakai.... bila dia pakai org naik kagum lak dgn dia.... sesuailah dgn gelaran King of Gadget yg diberi oleh kawan2nya....

Bang pssttt.... dengarnya masa abg ngigau hari tu, kat US nanti nak sambar iPad, betul ke?

Isnin, 12 April 2010

Kedi Golf, "lelaki tak kisah yea.."

Hari ni, aku kena tolong buat arrangement golf utk bos kecik. Tapi bos besar pun main gak lah. So seperti biasa, aku mmg agak terer lah buat arrangement booking golf ni. Alah, apa susah, bagi date/flight (bukan flight terbang2 yea...) minta waktu yg available pas tu tanya brp green fee dia, dah siap. Just 1 call. Tapi..... yg aku nak citer ni bukan pasal golf nya, tp psl kedi nya. Ini lah first time golf ctr tu tanya nak kedi ke tak? Aku agak lah kan, sebelum ni diorg tak penah tanya sebb pemain2 handalan golf ini senang dpt on the day diorg main tu lah.... ater kedi kejenya tolong bwk beg golf.... mestilah ada yg tunggu2an kat padang golf tu kan.... So, dah buat booking, sms lah bos kecik bagi dia detail booking dan tanya lah sekali nak kedi tak? ok lah bos kecik kata, amik lah juga..... jeng jeng.... aku pun call lah balik minta kedi....

Tapi aku terkujatlah, apabila dia kata, 'kedi lelaki tak kisah yea? kedi pompuan dah kena booked"...
haaaa? aku tanya, 'eh ada kedi pompuan ke?' ishhh kampung betullah aku ni... itupun tak tau (mmg tak tau pun).

Budak pompuan tu jwb 'kami ada kak tp kedi pompuan kami tak ramai ada 8 jek' aku pun makin syok lg tanya ater busy body kan... aku tanya lagi 'mmg kat malaysia ni kedi dia pompuan ke?' budak tu kata, 'kebanyakan mmg pakai kedi pompuan sebb ada demand, dan diorg tu semua dtg dr indonesia' tu diaaaaaa aihhhhhhh...... udah mcm jd satu industri lah pulak import pekerja wanita indonesia utk jadi kedi kat malaysia... betul2 malaysia boleh.... Bukanlah aku tak tau ada kedi pompuan kat malaysia ni, cumanya aku tak tau lak kedi2 pompuan ni rupanya dah jadi trend kat padang2 golf malaysia.... sebb laki aku tak main golf kan..... kalau laki aku main golf aku mesti tau sebb dah sah2 aku pun akan ikut dia main golf sekali.... ok apa, aku amik pulak kedi lelaki tp biar yg ganteng aje?.. sama2 rasalah marahnya..... he he he....

Sambil tu aku terpikir gak, no wonder quarter pounder lah ramai bini2 yg laki dia aktif main golf kat malaysia ni sering rasa tergugat. Yelah, agaknya mcm manalah dressing kedi2 pompuan tu bila meng kedi kan pakcik2 yang main golf ni. Aku duk bayangkan diorg ni pakai mcm Maria Sharapova ke, Serena Williams ke... naper aku ckp pakcik? sebb ramai2 yg jadi bos2 kat malaysia ni rata2 umur dah 40thn ke atas, pakcik lah kan? Separuh darinya dah bergelar tuan haji.... tapi tu tuan haji punya pasallah... diorg main golf sebb nak bagi keluar peluh, aku sibuk apasal?

Tp mungkinlah juga, dah ramai abang2 yg main golf sekarang ni (aku panggil abang sebb diorg muda dr umur 40thn ok).... kan golf tu satu permainan yg agak kelasi sikit kan.... yg dressing mahal2 je boleh main golf... mana taknya sekali main tak ada rm500 jgn ckplah..... 2 kali main, dh boleh dpt satu Coach handbag dah....

Walau bagaimana pun aku bersyukur laki aku tak main golf sekarang ni. Esok2 entahlah.... tp kalau esok2 dia main gak, cepatlah aku dpt sakit jantung mcm mak aku.... mak aku tu kiranya dah tua lah baru dpt penyakit, itupun abah aku tak main golf... Kalau abah main golf, dah lama makan hati....... he he he... Tapi tak semua org main golf notty2 lah.... aku tengok bos2 aku semua ok dan so so lah selama ni .... sebenarnya aku tak pikir pun diorg ni jahat sehinggalah terjawabnya soklan2 yg aku tak penah tanya seperti di atas tadi..... he he he.... Takpelah bos2... kalau pun korang main golf yg ada kedi pompuan, aku assume diorg tu semua pakai long pant dan long sleeve lah... kalau tak berbelang lak peha dgn lengan diorg tu... diorg sendiri pun tak selera nak tengok ke belangan diorg tu nanti...........

Sapa2 yg baca ni, sila berfikiran positif macam aku pikir positif kat bos yea.... tak baik tau pikir2 negatif kat orang lain.... sikap nak amik tau tu tak pe, mcm aku lah.. aku mmg byk sikap nak amik tau tu sebb byk tanya kat kerani golf tu....

Ahad, 11 April 2010

Mak Masuk Hospital....

Khamis lepas mak kesayangan masuk hospital Tampin. Sedihnya hati bila dpt call dr adik bagitau. Lagi sedih bila dgr suara abah. Masa tu mak dah dikejarkan dgn ambulans ke hosp. Abah amik baju dan kelengkapan mak. Masuk kali ni dh 3x kali mak kena heart prob. Tp alhamdulillah, doctor ckp bukn jantung mak bermasalah tp paru2 mak basah. Simptom heart attack tu sebb dia mmg dah ada sakit tu jd dia kena bila mak sakit. So, aku decided utk jaga mak Khamis tu. Mak masuk ward 2, dn disebabkan dia tak brp teruk dia dpt lah kelas 2 yg ada aircond. Penting lak tu ada aircond di saat cuaca merelip2 panas kt Tampin tu. Masuk aje ward 2 tu bahangnya jgn ckp lah.... sebb kelas 3 ada kipas je kan. Abah pesara kerajaan maka dpt lah kelas 2, selalunya tk dpt sebb mak perlu diletakkan di katil dpn nurse.
Katil kt kelas 2 penuh. Agak sempit tempat mak, tak pelah janji mak dpt tandas dekat dan selesa. Aku?... aku tidur mana? ha ha ha malam tu tidur kat atas kerusi kusyen kayu yg aku lekat 2 jadi 1 dan tidurlah aku sambil duduk. Malam tu pulak kat bilik tu kat tivi tayang citer hantu mlm jumaat tu. Aiseh... bertambah seriau nya aku..... tp sebenarnya bukan takut sebb hantu, baru perasan tempat tidur aku tu, atas kepala aku letaknya besi dan tivi gantung yg membuatkan aku terbayang2 klu lah mende alah tu jatuh atas kepala batu jemala aku, maka aku bakal jd penghuni ward 2 sama dgn mak atau penghuni rumah mayat yg betul2 kt belakang ward 2 tu.
Kat ward tu penuh pulak dgn budak2 practical dr Nilai Nursing College... Tu gambar budak practical 2 org dgn supervisor course diorg (bekas staff nurse hosp kerajaan) tgh tengok condition patient lain (bukan mak aku yea...) Baguslah budak2 ni, baik2 dan nurse2 pun dah byk sungguh baik dr dulu2. Kalau dulu2 nurse2 hosp kerajaan ni bengkeng sgt, baru nak buka mulut tanya, dia pulak bagi pandangan suh diam. Kdg2 naik meluat dgn nurse2 lama. Tp of courselah nurse2 lama dulu tu semua pakat dah pencen, maka nurse generasi baru pulak yg belajar subject psikology amik alih..... klu nurse lama tu ada lagi, mau bertambah lama patient duk kat ward dek tension... he he he....
Apa2 pun mak dah kuar ward pada hari Ahad 11hb, Alhamdulillah. Aku jaga mak satu malam jek, sbb hari kamis tu juga my dear kena terbang ke Jakarta dan balik Jumaat malam. Kids kena tinggal dgn Desi 1 malam. Jumaat tu mak suh balik sebb risaukan cucu2 dia yg tak beribu tak ber abah 2 hari tu.... Tp hari sabtu pegi lagi hantar sup mak. Suppose mak dah boleh kuar hari Sabtu, tp result darah tak ok, kena tahan lagi.
Apa2 pun, selagi kita ada yg bergelar Mak dan Abah dalam hidup kita, jagalah dan sensitif lah dgn keadaan dia. Kadang2 dia bukan nak kan wang ringgit kita, tp dia nak kan perhatian kita....
Sensitif lah atas segala kemahuan dan keperluan dia. Aku paling sedih kalau ada anak2 yg tak sensitif dgn keadaan yg bergelar Mak dan Abah ni...

Selasa, 6 April 2010

Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hazneza Abdul Hamid

Sinopsis:
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yg kedua itu penuh reda sepertimu. Isteri, di wajahmu ada syurga, yg di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu. Namun yg sesekali itu aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasing sayang kita ada sempadan yg memisahkan, hingga ruang2 intim antara kita, aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yg bagaimana? selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku? Suami yg seringkali gagal meletakkan keadilan di dalam rumahtangga. Isteri, melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yg dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yg gagal...
Ulansanku:
Cerita ni mmg best, salah satu buku yg aku beli semasa PBAKL baru2 ini. Buku ni terbitan tahun 2003, recommeded by adik promoter Creative tu... Main emosi, geram, dendam, sedih... Kisah dilema seorg suami dlm menangani 2 org isteri yg perasaan si suami mmg berbeza terhadap satu sama lain. Keliru, dan tidak tegas menjadikan Zik lelaki yg lemah kerana tidak tahu menjinakkan Emi dr mula. Mengambil kesempatan atas kebaikan Dhiya, sahabat baik sendiri hingga mengelirukan byk pihak. Dan disebabkan perasaan kasih Dhiya pd Zik yg tidak diketahui Zik menjadikan Dhiya sanggup berkorban dan menjadi korban kerana cemburunya seorang perempuan.
Endingnya sedih...... dan gembira....
Rate utk novel ini 4*...

Khamis, 1 April 2010

Manchester Trip 16 April 2008

Machester, tak ada apa yg menarik sgt kecuali Stadium Old Trafford dia... Cuma 1st day kat sana kebetulan ada pameran anatomy (alah yg org belah2 org make it into pieces tu)... refer kat gambar 1 tu yea... so amik kesempatan lah utk melihat. Lepas balik dr Manchester baru dgr kt KL pun nak ada. Agak mengerikan lah tengok tubuh badan manusia betul yg didermakan utk dijadikan kajian. Tak boleh amik gambar kt dlm tu.
Lepas tu jalan2 ke Muslim area (nama jalan dah lupa) kat sana utk cari makan. Satu yg aku tak suka pegi tempat2 mat saleh ni, makanan punyalah susah. Kadang2 seharian baru jumpa kedai Muslim yg halal. Dah jumpa, kena kat situ jelah duk berulang hari2. Ada yg jauh, ada yg dekat. Tu yg bwk bekal Maggi Cup (thanks to maggi cup) siap2 dr KL. Tak pelah.... nak tengok negara org kan... kena lah berkorban...
Tempat yg paling bestttttttttttttt pegi adalah Old Trafford. Beli tiket 10 Pound sorang utk melawat Old Trafford. Seriously, mmg cantik dan menarik. Sebb warna merah dan rumputnya yg cantik (beza sungguh dgn stadium Bkt Jalil). Dijaga rapi... tak boleh pijak rumput ok.. sia2 je kena jerit ..... Dan juga yg paling best, membeli belah di Mega Store Old Trafford. Siap belikan anak bujang sweater MU, utk anak2 buah juga.... mmg menarik lah membeli belah kat dlm tu. Harga? mahal giler... tp kt KL tak ada ok.... itu yg penting... he he he... penah korang jumpa sweater MU ori kaler pink kat KL? tak ada kan?... kat situ ada....
Anak bujang aku peminat MU... setiap kali balik sekolah mesti kejar sokkabar nak tengok bahagian sukan. Mula2 ingat dia saja2 je nak tengok sport section, tp rupanya dia mmg mengikuti perkembangan. Sampai kan dia ckp kt abah dia, kalau dpt no 1 dia nak minta hadiah pegi Old Trafford. Fuyooooooooooooooo.... terkejut den...... buat nya betul dia dpt no 1, terkincit nak cari duit pegi Manchester. Knowing abah dia, rasanya dpt kot satu hari nanti... sebb kat Manchester bukan ada apa2 sgt pun, takat nak pegi sana tu ok lah kot.... (tak tertolan air liur den....) huiiii macam nak balik Rombou jek bunyi eh.... nantilah satu2 eh.... kakak kamu yg solehah tu minta pegi Umrah kalau dpt 5A UPSR ni.... sejuk perut ibu mengandung ni... nak minta pegi Umrah...... Kalau PMR, minta gi Haji lak kot.... he he he.... boleh boleh... insyaallah.... abah kamu bab2 mcm ni dia mesti berusaha lah....
Yang tak bestnya bila dia berusaha nak fulfill kan permintaan anak2 dia ni, dia akan laaaagiiiiiii lahhhhhh kurang ada kat rumah... katanya "kene keje kuat cari byk projek utk anak2..... " huh......

Kasut Koyak.. relevankan hari ini?

Tak senonoh kan?... memang tak senonoh.... mcm org tak ada kasut lain.... ini semua pasal kunci opis yg dicari2 tak jumpa kat rumah lah pg td... tau2 dah terlewat nak pegi keje. Main sauk jek kaki dgn kasut. Yang bestnya, boleh pulak tak perasan tu masa tekan2 pedal yg kasut tu koyak. Sungguh... serius.... mmg tak rasa langsung kelapangan dan kelonggaran kasut ku. Tau2, masa naik tangga dari parking area ke kilang, rasa pelik je kasut. Rupa2nya koyak.... aiseh man... Nak minta tolong dear hubby tlg hantarkan, dia dah kuar awal2 pagi ada meeting kat KL. Selalunya, kes2 emergency hubby is willing to volunteer nak hantar... walau pun jalan ke opis dia lain, tp demi cinta dan kasih sayang yang melimpah ruah, dia hantarkan juga..... muahhhhh.... cayang abang. Tapi pagi td tak leh.....
Nak balik rumah malas (penyakit ni kalau dah menyerang mmg menyusahkan diri sendiri lah). Ada gak yang tanya, kat opis tak ada kasut extra ke? Kat dlm keta tak ada kasut extra ke?.... Jawapannya TIDAK, kerana tak penah jadi begini. Lepas ni pelis lah letak lah seketul pasang kasut kat opis ok..... jgn nak bertindak kejam pada kaki sendiri dgn menyuruh dia berlakon sakit dan menyeret2 mcm org gout...... bughuk sungguh ropanya.....
Atie: Dear, kasut ni dah rosak, teman beli kan kasut lain yea weekend ni.....
Jangkaan jawapan hubby: Kita nak travel ni, lain kali lah yea.. pakai je apa yg ada dulu...
Atie: Dah agak dah......