Khamis lepas mak kesayangan masuk hospital Tampin. Sedihnya hati bila dpt call dr adik bagitau. Lagi sedih bila dgr suara abah. Masa tu mak dah dikejarkan dgn ambulans ke hosp. Abah amik baju dan kelengkapan mak. Masuk kali ni dh 3x kali mak kena heart prob. Tp alhamdulillah, doctor ckp bukn jantung mak bermasalah tp paru2 mak basah. Simptom heart attack tu sebb dia mmg dah ada sakit tu jd dia kena bila mak sakit. So, aku decided utk jaga mak Khamis tu. Mak masuk ward 2, dn disebabkan dia tak brp teruk dia dpt lah kelas 2 yg ada aircond. Penting lak tu ada aircond di saat cuaca merelip2 panas kt Tampin tu. Masuk aje ward 2 tu bahangnya jgn ckp lah.... sebb kelas 3 ada kipas je kan. Abah pesara kerajaan maka dpt lah kelas 2, selalunya tk dpt sebb mak perlu diletakkan di katil dpn nurse.
Katil kt kelas 2 penuh. Agak sempit tempat mak, tak pelah janji mak dpt tandas dekat dan selesa. Aku?... aku tidur mana? ha ha ha malam tu tidur kat atas kerusi kusyen kayu yg aku lekat 2 jadi 1 dan tidurlah aku sambil duduk. Malam tu pulak kat bilik tu kat tivi tayang citer hantu mlm jumaat tu. Aiseh... bertambah seriau nya aku..... tp sebenarnya bukan takut sebb hantu, baru perasan tempat tidur aku tu, atas kepala aku letaknya besi dan tivi gantung yg membuatkan aku terbayang2 klu lah mende alah tu jatuh atas kepala batu jemala aku, maka aku bakal jd penghuni ward 2 sama dgn mak atau penghuni rumah mayat yg betul2 kt belakang ward 2 tu.
Kat ward tu penuh pulak dgn budak2 practical dr Nilai Nursing College... Tu gambar budak practical 2 org dgn supervisor course diorg (bekas staff nurse hosp kerajaan) tgh tengok condition patient lain (bukan mak aku yea...) Baguslah budak2 ni, baik2 dan nurse2 pun dah byk sungguh baik dr dulu2. Kalau dulu2 nurse2 hosp kerajaan ni bengkeng sgt, baru nak buka mulut tanya, dia pulak bagi pandangan suh diam. Kdg2 naik meluat dgn nurse2 lama. Tp of courselah nurse2 lama dulu tu semua pakat dah pencen, maka nurse generasi baru pulak yg belajar subject psikology amik alih..... klu nurse lama tu ada lagi, mau bertambah lama patient duk kat ward dek tension... he he he....
Apa2 pun mak dah kuar ward pada hari Ahad 11hb, Alhamdulillah. Aku jaga mak satu malam jek, sbb hari kamis tu juga my dear kena terbang ke Jakarta dan balik Jumaat malam. Kids kena tinggal dgn Desi 1 malam. Jumaat tu mak suh balik sebb risaukan cucu2 dia yg tak beribu tak ber abah 2 hari tu.... Tp hari sabtu pegi lagi hantar sup mak. Suppose mak dah boleh kuar hari Sabtu, tp result darah tak ok, kena tahan lagi.
Apa2 pun, selagi kita ada yg bergelar Mak dan Abah dalam hidup kita, jagalah dan sensitif lah dgn keadaan dia. Kadang2 dia bukan nak kan wang ringgit kita, tp dia nak kan perhatian kita....
Sensitif lah atas segala kemahuan dan keperluan dia. Aku paling sedih kalau ada anak2 yg tak sensitif dgn keadaan yg bergelar Mak dan Abah ni...
2 ulasan:
Hospital Tampin..teringat kesah adik sy kene warded last year coz xcident..da la jauh wad perempuan ngan kantin..dan plg sy igt..guard india kat wad tu..hehehe..
akak rasa, guard india yg kau maksudkan tu ada lagi lah. sebb sepanjang sapa2 sedara ke nenek akak ke hatta mak akak masuk sepital ni, mesti guard india dgn guard cina pendek tu je...
Catat Ulasan