Malam tadi balik dari hantar anak gi Kumon, ingat nak bawak diorg makan2. Abah diorg tak balik lg dr Singapore. nasib baik lah ibu diorg ni pandai drive dan diberi sebijik keta dan juga sebijik kebebasan utk bawak anak gi mana2 di saat abah diorg sibuk outstation. Kalau tak mati kutu lah anak aku. Muiz nak makan kat Rest Kawan, Farah nak makan KFC. Eee tak boring ke korang ni??? Pastu aku ckp, kita gi makan kat Bangi Kopitiam... ok ajelah diorg tu.... Diorg tu mesti boring nya sebb esok ibu diorg keje, balik kampung tak leh, nak jalan2 pun tak leh... ikut jelah mana ibu nak bawak. Tup2 dlm kepala teringat Coffee Village yg dekat jalan nak gi Putrajaya dr Desa Saujana tu. Selama ni duk lalu2 tp tak penah singgah. Restoran tu ada tempat memancing sekali. So dlm keta, diorg senyap je sebb aku ikut jalan hala balik ke rumah. Mesti dlm fikiran diorg, ibu tak jadi bwk gi makan ni.... diorg ni pulak jenis ikut jelah tak melawan kalau dah ibu diorg buat keputusan. Mesti aku ni jenis ibu diktator... tp dengar gak diorg bisik2 kat seat belakang tu heran duk tanya2 ibu ni nak gi mana he he ...... Aku bawak jek keta tak cakap mana destinasi. Sampai2 je kat restoran tu diorg terkejut lah sebb kat tempat yg agak2 org tak lalu tu ada restoran besar he he he...
Sampai2 je kami dihidangkan dengan tit bits dgn air suam sorang segelas. Oklah tu sebb tak bagi org boring tunggu order.
Ini kawasan dalam restoran.. not bad lah... servis pun cepat. Orang pun ramai... tak caya? ha nengok parking dia... Ini sebelah kanan, ada parking kat bawah belah kolam ikan lagi... kira happening lah org bawak koluarga lepak2 makan malam2... lupa lak nak tanya buka kul brp diorg start business dan sampai kul berapa. Orang tak datang dgn laki ni memang blur sikit....
Sementara tunggu order sampai berposing lah Farah, Muiz dgn si Desi... amboi... aku nengok sihat2 belaka si Farah dgn Desi ni.... si Muiz yg kecik tu tetap lah kecik..
Belah kanan tu Coklat Ais utk Farah... sedap giler... Belah kiri tu Neslo Ais utk org sakit migraine ni... emmm sapa yea sakit migraine??? ibu ke??? emmmm..... he he he tapi betullah air tu best giler... RM3 hinggit...
Ini bihun sup dang kuehteow sup Farah dengan Desi. Diorg ni gi mana2 mesti order yg sama... tp sedap gak sup dia. Taklah kosong jek.. meriah gak dgn bahan2... harga? RM6 hokay..... oklah tu presentable dr segi bowl dia lah....
Ini mee bandung muar aku.... emmmm tak sedap... serius tak sedap... tak suka dan tak habis....
RM6 hinggit gak...
Ini char kuehteow Muiz.... emmm rasa ada sikit tp tak best gak... presentable... kerang dgn udang byk tp mcm tak best.... aparaaa aku ni.... dah muiz dgn aku tak boleh habiskan... RM6 hinggit gak...
Sambil2 makan tu siap sms hubby bgtau kami makan kat sini, hubby dlm Nice Coach dr Singapore ke KL... nanti pukul 2 am kena amik dia kat hentian sebelah Serdang. Emmmm.... mmg tak betul tidur aku 2 hari dek bangun pagi ni....
So hubby... hari ni cuti sila betulkan paip sinki dapur yg asik menitik tu aje, rugi bil air jek... tiap2 bulan atie yg bayar bil air tau... (huh berkira...)he he he....