Ahad, 9 Mei 2010

Flight to LA

Catatan 03 May 2010

Pagi ni terbangun pukul 3.30 pagi lagi.  Rasanya hari2 bangun pukul 3.30 pagi.  Tak tau lah naper mcm dah terset lak utk bangun waktu ni.  Hubby masih demam panas.  Kesian dia, katanya dpt selsema dr member meeting.  Jarang hubby kesayangan aku ni demam, sekali demam teruk gak. 

Aku kemas kan baju2 properly dlm beg supaya hubby aku dpt orgnised barang2 yg kami beli kat factory outlet tu dlm beg.  Apa yg merisaukan berat beg.  So, hubby buat keputusan utk beli satu lagi hand carry untuk aku tuk kurangkan berat beg merah yg mmg dah sedia berat.  So tak yahlah byr kat airport.  Of courselah, sama lah dr beli beg, tp beg boleh pakai lg utk trip lain dr byr tak dpt apa2.

Bertolak dr hotel ke O’Hare airport pukul 10.30 pg.  Perjalanan ke airport amik masa 20 min.  Ini kali ke 3 kami dpt teksi org Islam kt Chicago.  Sampai ke Chicago settle kan tiket dan cek in.  Sambil tunggu2 utk boarding tengoklah berita tergempar US cubaan nak letupkan/bomkan Times Square New York sabtu malam hari tu.  Emm cuak gak di saat aku nak gi LA ni, sah lah lepas ni ketatlah procedure cek in.

Dlm flight, hubby tidur sepanjang perjalanan dek demamnya.  Oklah tu kesian dia, tak cukup rehat gak tu.  Masalahnya aku pun tidur ni he he he… bangun2 je dgr terus buka tingkap, tu dia pemandangan Grand Canyon Arizona dr udara… Masyaallah cantik sungguh.  Ini gambar2 yg sempat aku amik dr atas.  Tak mungkin ada kesempatan utk tengok lagi ni…
 Nampak tak line tengah tu? itu adalah hiway di tgh2 gurun

Sampai kat LAX pukul 4.30 ptg.  Hubby dgn kwn dia terus tunggu shuttle bas utk hotel2 yg berhampiran dgn airport.  Tu diaaaaa, aku tk tau pun tk yah amik teksi nak gi hotel.  Tunggu je shuttle bas yg bernama Hilton Hotel utk ke hotel.  Yelah, hubby dah penah gi LA, so hubby tau lah mmg ada shuttle bas ke hotel2. 
Cek in hotel, kami dpt bilik yg mengadap runaway airport.  
Sampai2 kami tidur lagi….. asyooooo asik tidur jek… letih giler tul.  Bangun2 je dah gelap gulita malam kat luar.  Tau2 dgr hubby ckp dgn kwn dia kat telefon, oklah book lah… rupa2nya kwn dia nak book kan tour ke Universal Studio esok.  Yes…. Tapi kan, aku teringat kat anak2.  Kalau lah anak2 boleh aku bwk sekali esok kan.  Tp tak pelah, nanti abah bwk pegi Universal Studio kat Singapore.  Dah terlanjur dtg US, tu yg hubby bwk aku ke sini.  Semata2  nk gi sini utk berlibur tak ada lah rasanya….

Pukul 10.30 malam ni, kat Fox News tk habis2 citer psl Bomb Scare kt New York tu.  Sekarang ni, siaran langsung dr Pejabat Peguam Negara mengumumkan bahawa suspect yg membeli SUV secara cash 3 hari sebelum tinggalkan SUV tu dpn Times Square adalah rakyat US berketurunan Pakistan. Suspect di tangkap di JFK Airport ketika hendak meninggalkan US utk ke Dubai.  Dan diisytiharkan juga, kawalan ketat akan dilakukan di semua terminal2 yg menerima kemasukan pesawat dr negara2 timur tengah terutamanya.  Ini ada gambar yg aku amik dr tv kat LA ni citer pasal bomb scare tu.  


Kat belakang ni tak habis2 bunyi flight nak take off…. Setiap minit kot…..

Tiada ulasan: