Hari ni tepat 5.20 ptg, aku mendapat perkabaran yg menyedihkan bagi semua warga Sapura Industrial. Sahabat se umrah ku Kak Norlinaini telah kembali ke rahmatullah setelah agak lama bertarung nyawa akibat brain tumor. Kami semua terdiam di saat mendapat perkabaran sedih tersebut. Kak nor dah lama bertarung nyawa kerana breast cancer dan merebak menjadi brain tumor. Di usia 40an, anak2 kak nor seramai 4 org telah kehilangan ibu mereka yg bagi kami adalah seorg yg baik dan disenangi oleh semua org.... Kami perempuan warga Sapura Industrial bersilih ganti melawat Allahyarhamah .... sedih ku ini tak dpt kugambarkan tatkala dia menceritakan betapa sakit dan panas di saat rawatan kimo nya. Terakhir pg td dia dikabarkan koma. Dan aku seperti telah merasakan kehilangan nya.
Dan malam selepas maghrib aku dan suami ku, ke SJMC tp di kabarkan dimandikan di Masjid Al Falah di Subang Jaya. Sesampai kami, jenazah sedang di mandikan. Aku mengambil kesempatan utk melihat jenazah dimandikan.... Alhamdulillah tanpa byk halangan, jenazah selamat bergerak dr masjid ke Kota Bharu tepat jam 10 mlm.... Perasaanku? Di waktu melihat van jenazah membawa jenazah kak nor, aku menangis di bahu Raida. Aku tak dpt tahan perasaan ku kerana tau itulah kali terakhir aku akan melihat Kak Nor.
Dan utk Kak Nor, yat akan sentiasa mendoakan moga roh Kak Nor diberkati dan mendapat tempat di kalangan org2 beriman. Al-Fatihah utk Allahyarhamah Noorlinaini yg ku kenali sejak 10 thn yg lalu...
Kak nor yg bertudung biru. Gambar semasa panjat Gua Hira'....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan