Rabu, 29 Februari 2012

Our Fren Ayu....

Tadi pegi Pantai Hospital kat bangsar.... ziarah kawan ofis building satu lagi dr account department yg tiba2 masuk ICU setelah 3 minggu warded..... semalam baru dapat kabar dr ofis seberang mengatakan dia ICU.... sedihnyaaa..... sebb kabarnya, suami dia dah bawak beg dia turun ke kereta kerana dah boleh discharge dah isnin lepas... tp tiba2 nafas dia terhenti for a few second dan terus dimasukkkan ke ICU.... dah sehingga ini hari ke 3 dia di ICU, dia masih tak sedar.....

kami pergi thari td waktu melawat..... sedihnya tak terkata bila dengar citer mak ayu tentang baiknya ayu sebagai anak, baiknya ayu sebagai ibu.... sehingga kami menitis airmata bila mak ayu citer betapa sayang dan tak sanggupnya dia kalau dia kehilangan ayu.... makcik tak nak balik rumah or tak lalu nak makan minum dek risaukan ayu..... yelah.... ibu mana tak hiba bilamana setelah 3 minggu anak dlm wad tup2 tak sedar dan di ICU pulak.... sedih woooo... nangis... mengalir air mata sorang2 aku tengok td dengar citer makcik.... dlm hati terpikir juga... kalau jadi kat aku, adakah aku akan jadi kebanggaan mak aku nanti?... kerana aku rasa kalau pun ayu pergi, betapa redha nya seorang ibu terhadap anaknya kerana bila dia bercerita yang baik2 saja tentang anaknya, maka hati dia sangat redha terhadap dia....

ayu.... masih pakai tube oxigen... masih tak sedarkan diri.... masih dlm keadaan tidur... dan kabarnya sudah terbatuk2 dan sudah membuka mata tapi mungkin kesan ubat, maka dia belum kuat utk jaga sepenuhnya..... 

walaupun aku sebenarnya tak kenal rapat dgn dia dlm erti kata sahabat baik... tapi apa yg aku kenal ayu ni, dia sangat peramah... baik.... manja ..... 

Moga ayu cepat sedar, cepat sembuh dan moga berkat doa tak putus2 dari kawan2 ayu segera pulih..... 

Moralnya..... 
1) berbuat baik dgn ibu bapa moga apabila terjadi yg sama pada kita, kita akan diredhai oleh mereka...
2) berbuat baik dengan sahabat2 walau tak serapat mana, kerana apabila kita dikenali kawan2 yg tak rapat dgn kita mcm aku dgn ayu, mereka akan mendoakan untuk kita.... 
3)  jangan berkira utk menggunakan harta sendiri untuk berbuat baik dgn org sebb meter minyak aku tak drop selama aku ulang alik ke hospital.... he he he..... 


 


Tiada ulasan: