Haaa ... hari ni nak masukkan entree yg agak2 korang mesti macam kelakar.... tp korang pasti akan gunakan dia satu hari nanti....
Entree hari ni bertajuk memasak cili kering kisar supaya mudah dan cepat untuk ibu2 yg sibuk macam aku yg hari2 bangun pagi hari sekolah seawal 5.00 pagi untuk siapkan lauk lunch utk anak aku.... aku masak untuk lunch jek sebb sarapan diorang aku jarang buat.... samada aku prepare brekfes mudah sambil2 aku memasak tu or aku tak buat terus... anak2 aku pun bukan jenis makan pagi2 sangat...
Lauk untuk lunch ini sangat penting buat Farah sebb dia balik lambat setiap hari... dia pelajar aliran KAA (kelas aliran agama).. maka ada subject2 agama dia diajar selepas habis sesi sekolah biasa.... so, setiap hari dia kena tunggu aku jemput dia balik kul 5.45pm ... sementelah lauk2 kat kantin dia katanya tak sedap, tak besar, dan tak pelbagai.... maka aku masaklah lauk utk dia setiap hari... nasi putih, mana ada yg lebih malam tu dia panaskan dan bawak lah gi sekolah... klu tak dia beli nasi putih kat kantin jek... as for brekfes dia, dia beli lah kat kantin...
Apa yg penting sangat nak masak cilik kering kisar tu?.... kisar, simpan dalam peti ais dan tumis jelah kan?.... bukan apaaaa... kalau kita masakkan cili tu siap2... bila kita nak menumis, masa memasak kita dah cut short.... instead of kita kena tumis cili tu dlm setengah jam nak bagi masak supaya tak sakit perut..... bila dah masak siap2 cili tu kita just masukkan je dalam lauk kita dan didihkan dan siap..... tu je beza dia.... kan senang tu....
lagipun cili yg dimasak boleh simpan lama dalam peti ais tanpa berkulat....
meh layan gambar masak cili aku....
mula2 potong cili kering tu halus2 buang bijik2 dia (in keje farah)... tapi tetap gak ada lagi biji2 cili tu sikit2.... ok tak pe, dah tu basuh cili tu dan rebus bagi lembut senang nak blend.... pastu sejukkan dan blend.... masukkan sikit minyak masak utk hancurkan bijik2 cili yg ada saki baki tu....
pastu tuang dalam kuali besar.... aku prefer kuali sebb senang nak mengacau.... masukkan lah sikit garam dan asam keping....
nampak dak tampalan sokabar kat keliling dapur aku?... haaa itu penting untuk elakkan percikan cili tu melantun2 kat tepi2 dapur tu.... lagi2 kalau tepi dapur tu ada bekas2 garam ke kunyit ke apa ke.... kalau tak ditutup mau kena basuh satu2 balik dek buruk nya kena percikan cili tu... tapi hati2 yea jgn sampai ada peluang api nak sambar sokabar tu....
bersih je dapur aku ek walau ini dah start masak... sebb selalu lah rajin lap.... jgn malas....
nampak tak kat bawah ni buih2 air cili? haaaaa air cili ni lah yg kita nak keringkan.... api kena slow ok, klu tak habis meletup2 percikan cili.... proses untuk masakkan cili ni aje lebih dr satu jam.... dan hendaklah selalu dikacau supaya tak hangus...
gambar bawah ni ropa kawasan persekitaran dapur setelah siap masak.... imagine lah kalau tak ada lapik kertas sokabar tu.... tak ke jenuh nak mengelap?
sori lah terteleng lak gambar ni... jenuh aku meng adjust rotate bagi betul... bila copy select tuk ke blog, dia back to ori.... yg aku nak tunjuk pun hat percik2 tu je.... bukan nak suh baca sokabar tu he he he....
korang rasa remeh tak keje aku ni?...
oh by the way... aku pun blend bawang besar, bawang putih, halia dan cili api masukkan ke dalam botol bekas sos prego tu tuk stok peti ais aku....
maka, adakah aku ibu yang rajin????? he he he....
demi anak2 kan?....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan