Khamis, 18 Oktober 2012

No gadget on table during meal

Apa tu?????? 

oooo itu adalah arahan dan warning aku kepada anak2 aku dan juga diri aku supaya kami tidak pegang gadget dan melayar internet atau facebook atau apa2 yg tak berkaitan semasa makan di restoran... kat rumah of courselah tak pegang gadjet masa makan.... 

Ok naper aku buat peraturan begitu?... Puncanya, masa hubby aku gi oustation last month, aku bawak anak2 aku dan anak buah aku Alya sarapan kat restoran kat bangi.... sedang tunggu food sampai, muiz main iphone, farah main galaxy note hubby aku yg dia tinggal kan... aku godek blekberi aku..... alya duk lah kacau org main.... emmmmmm sambil2 tu aku pandang org keliling aku... ramai family yg brekfes maklumlah weekend kan..... 

Ada satu family ni sorang ayah, sorang ibu, dgn 2 orang anak lelaki makan kat situ gak... diorg ni baru sampai... anak lelaki diorg dlm baya2 anak aku gak lah... besar2 dah... so dah amik tempat, ayah diorg kuarkan laptop, mak diorang kuarkan ipad.... anak diorang masing2 kuarkan iphone dgn PSP..... OMG!!!!.... itu adalah satu pemandangan yang cukup jelek.... langsung tak bercakap..... bila air mereka sampai, sedut air pastu sambung pandang gadget balik.... OMG... no communication at all...

aku pun pandang lah kat meja aku.... maka begitulah pandangan orang kat aku kot.... terus aku cakap dengan anak2 aku...

"Kak, adik.... ce pandang belakang kat family bla bla tu, tapi janganlah obvious sangat pandang tu..." so anak2 aku pandanglah sorang2....

aku cakap "bayangkan lah semua orang macam tu.... semua buat hal sendiri dengan gadget masing2... tak ada langsung communication antara family... ibu rasa macam tak best jek...  bila lagi nak borak kalau tak masa makan kan?... apa kata lepas ni kita buat undang2.... 

"NO GADGET ON TABLE DURING MEAL..!!!!!. especially makan kat luar..." 



pastu farah lak "ibu pun sama... abah pun sama..... no gadget on table during meal.." cewahhhhh.....  "ok agreed... apply kat ibu dengan abah juga..."

Maka, since  that moment.... memang kami semua ikut peraturan tu... tapi tulah.. lupa lak nak citer kat hubby... ada satu hari tu makan2 dgn hubby, hubby buka note dia.... anak aku terus cakap "no gadget on table during meal..." terkejut hubby aku... ha ha ha... baru lah aku teringat nak cakap.... so, hubby pun agreed.... 

tapi kan... bila dah cakap mcm tu, lupa lak nak cakap "kecuali call in and out...." dah bila kami dpt call diorang pulak kata "no gadget during meal lak...." adeh..... 

Maka, moral nya.... toksah lah layan sangat kehendak hati dan kecanggihan IT sampai mengabaikan komunikasi sesama ahli keluarga... aku berterima kasih kat family yg entah sapa2 tu yang menyedarkan aku tentang perkara ini.... agaknya kalau aku tak sedar, sampai bila2 pun kami boleh jadi langsung tiada komunikasi nanti.... memanglah kami bercakap, tapi kalau kat meja makan pun semua melayan hal masing2 apa nak cerita?.... 


Tiada ulasan: