Sebelum aku teruskan cerita, mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua anggota polis yg telah terkorban dalam misi menentang penjenayah sulu dia Lahad Datu, Sabah....
Al- Fatihah....
aku bukan nak komen or ulas or buat apa2 komentar pasal kes tu, yg itu biarlah pihak polis dan kerajaan kita yg menyelesaikan... aku bukan sapa2 pun.... selagi tidak tergadai tanah Sabah....
Bermula pada 9 February, 2013 kemasukan mengejut para 'so called' pejuang Kesultanan Sulu ke Lahad Datu dengan niat utk merampas Sabah dari Malaysia....
yang aku nak citer ni pasal, kehilangan anggota polis kita yang terkorban.... sedih sungguh aku tengok front page suratkabar dan berita2 di tivi.... yang paling sedih adalah kehilangan pertama anggota polis kita iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud...
maka kita, jangalah berkata sesuatu yg tak pasti yg boleh menghiris hati keluarga yg tinggal...
maka kita, jangalah berkata sesuatu yg tak pasti yg boleh menghiris hati keluarga yg tinggal...
dan sehingga hari ini disahkan 6 lagi terbunuh....
aku tak nak ulas lanjut, cuma aku nak upload gambar2 dr suratkabar terkini...
untuk ingatan diri sendiri.... cuba ingat balik lirik lagu ni...
ANAK KECIL MAIN API
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
pernah dengar kan lagu ni masa kita kecik2 dulu.... nak jadi mcm ni ke?....
Jasa para anggota keselamatan akan disimpan rapi dalam lipatan sejarah kerana mempertahankan kedaulatan negara...
Takziah kepada keluarga mereka...
Takziah kepada keluarga mereka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan