Khamis, 30 September 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 14

 29 September 2010, Ulangtahun Perkahwinan aku dah hubby yg ke 14..... pejam celik pejam celik dah 14 thn... gaduh baik gaduh baik dah 14 tahun kawin.... dr badan langsing lawa halus dah jadi tembun..... Begitulah mcm2 perubahan yg berlaku kat kami sepanjang menempuh perjalanan perkahwinan selama 14 thn.... Aku selalu berdoa moga2 rumahtangga kami kekal aman dah bahagia hingga terpejamnya mata kami.... Janganlah ada anasir2 yg mengganggu gugat kebahagiaan kami baik luaran ataupun dalaman.....

Tengahari masa lunch dgn hubby dpt message dari anak2 kami serentak lak tu yang berbunyi "selamat Ulang Tahun yang ke 14.." ulangtahun apa entah... tp sekurang2nya dia tau lah hari tu sambut apa... mesti nenek diorg lah yg bagitau tu.... 

Emmm.... bila cakap pasal wedding anniversary, normally kita mesti tau mestinya lah dpt hadiah.... aku dapat apa????? jeng jeng jeng.... 

Mula-mula hubby bagi aku iPad.... tau kan iPad yg touch touch tu yg jd fenomena sekarang.... sebenarnya aku tak lah reti sgt guna iPad tu... tp dah itu yg jd hadiah yg paling hubby nak bagi, aku accept je lah.... tp hubby sebenarnya ralat sebb kawan dia dah pecah kan rahsia masa open house kami hari tu tanya ok tak pakai iPad.... so, dah tk jadi surprise lah....hubby mcm bengang gak aku dpt tau hadiah sebelum tarikh... tp yelah.. kawan dia pun bukan tau pun bila tarikh anniversary kami.... 

Dan yang paling best, semalam hubby bawak lari aku ke Alamanda lepas ofis hour utk beli gelang tangan..... what a really really surprise...... dia sebenarnya dah tinjau2 dah gelang tu sekian lama rupanya, tp sebb belum tiba tarikhnya, maka dia tak lah bawak aku lagi... so semalam pegilah Alamanda utk ukur besar tangan aku ni.  Kena gak lah tunggu dlm 1 jam tuk dia potong dan tambah ring bagi besar kan sikit sebb gelang ni kena potong 1 set dia bukan boleh main potong jek.... adik tu kata kalau tak sempat amik besok boleh tak? Hubby jawab, "tak nak amik besok, nak malam ni juga sebb esok dah org lain punya anniversary, hari ni anniversary kami..." budak tu senyum jek... so dia pun cuba lah sedaya upaya utk siapkan on time juga... 

Apa2 pun, thank you hubby.... gambar gelang tak leh tunjuk kat sini coz dia ala2 exclusivelah.... he he he... 

Balik rumah, lepak2 makan pizza dgn mak kat rumah, badan pun dah melekit tak mandi lagi.... masuk2 je bilik yg gelap tu ada bau something dlm bilik... buka2 je lampu.... taraaaaaaaaaaaaa ada pulak jambangan bunga bersama dgn vase bersama dgn kad sekali sekali kat atas meja solek aku..... Ya  rabbi.... mmg betul2 surpise aku ni..... terus pegang vase dgn bunga tu lari turun bawak jerit2 kat mak kata "along dpt bungalah..." mcm lah selalu tak dpt bunga, tp selalu, hubby bagi sendiri , kali ni surprise dlm bilik lak... emmmmm maka menjadi bungalah aku selepas itu....  he he..... thank you hubby... thank you hubby.... 




Tapi pagi tadi hubby suruh juga aku amik iPad 3G 32MB utk kegunaan aku walau pun dia dah bagi gelang....
emmmm.... mak pesan, dpt suami yg baik mcm ni, kena selalu bersyukur dan jgn asik gaduh2 jek.... yelah mak... dah tua2 ni mana ada gaduh2 lagi....happy happy aje..... 

Eh! apa aku bagi kat hubby?..... alah malulah... aku da gak buat Lily flower delivery tuk dia di pagi2 hari kul 10 dh sampai kat opis dia... sebenarnya dia kata langsung tak expect dpt bunga...sebb mmg pun dia tk ada ciri2 expect aku nak surprise kan dia, sebb dlm kepala dia asik pikir projek dia jek. Tapi, utk org berpendapatan bulanan kecil ni, yg tak leh celen hubby aku, dia hanya pilih sepasang kasut Clark saja... hubby ckp, price doesn't matter, ingatan tu yg paling penting.... dia ckp, nanti nak gi meeting kat Singapore this coming Friday nak pakai kasut tu, untuk lagi membawa tuah.... he he he....

Moga2 untuk tahun2 yg mendatang, bukan harta benda yg jadi ukuran kasih sayang, rasa kasih tu sendiri yg jd ukuran.... Alhamdulillah atas segalanya....

Selasa, 28 September 2010

My Open House dgn staff hubby...

Sabtu 25hb September, 2010

Seperti tahun2 sebelum ni, majlis Raya Gathering Microcorp bertempat dia kediaman kami, di belakang rumah kami... kenapa ek buat kat rumah bos? dan kat belakang rumah bos?... sebb atas arahan bos lah... he he he.... tak kisahlah kat mana, yg pasti, majlis dibuat dgn rela hati menggunakan kelengkapan dr rumah kami... mereka hanya sediakan khemah, caterer dan PA sistem... yg lain2 semua kami yg uruskan... Laman belakang rumah kami mmg besar dan boleh menempatkan 2 bijik kemah + garage kereta kami yg sedia ada.... 

Bos pun turun padang tau... ingat duk rilex2 je suh org buat... itu yg buat aku bangga dgn dia ni, tak berkira dgn anak buah... 

Ini lah pembantu aku yg paling setia... Desi Yana... dr pagi sampai ke pagi esoknya dia kerja tak henti2... buat aku sayang nk lepaskan dia kalau dia minta balik for good in future... he he 
Menu utama, Nasi jagung + set rendang, dalca, ayam masak rempah, acar buah
 Menu kedua, Laksa Penang
 Ada ABC lagiiii..... Anak dara aku si Farah ni yg tukang mesin ais dr pagi sampai malam....
Ada juga Roti Jala, buah2an, Sate dan pencuci mulut... 
 En Din, org kuat hari sebelum dan semasa majlis...
Gambar2 staff hubby pada hari itu.... 
 Antara yg menang 4 hadiah lucky draw...
 

denga secretary hubby, Nadia, yg baju pink tu....

Isnin, 20 September 2010

Farah vs UPSR... perasaanku...

Esok, anak pertamaku, Farah akan menduduki peperiksaan UPSR.... good luck kak... ibu mendoakan agar kakak tenang dan senang menjawab soalan... entah kenapa aku rasa, aku mcm yakin Farah boleh buat.... dr awal tahun aku duk monitor perkembangan dia.  Marah dah, nangis dah, risau dah, semua perasaan dah.... Lagi2, hari pertama Farah periksa, abah dia kat selatan tanahair lak atas urusan kerja... Tapi abah dia dan Muiz dah baca Surah Yassin mlm tadi utk bantu dia.

Tipulah kalau aku kata aku tak gabra langsung, ibu anak sulong mana yang tak gabra? Ibu yg tak kisah aje yang akan berfikiran mcm tu.... lagi2 aku yg punya anak 2 saja.... itu saja harta dan masa depan ku... bukan rumah, bukan kerja ku sekalipun.... hanya anak ku yg 2 org tu aje....

Tadi aku dah borak2 dgn dia... walau dia duk pegang buku utk tengok2 format karangan dia takut lupa tapi aku tau dlm hati dah fikiran dia dah tak tentu arah.... aku tanya "kak, akak sebenarnya masuk tak apa yg akak baca tu?" dia senyum sambil geleng kepala.... so aku suruh dia tutup buku tu dan tenang2kan fikiran.... aku ckp, kalau kita faham soalan dan tau format, bagilah soalan apa pun mesti boleh buat....

Aku suruh dia baca tip2 sebelum dan semasa peperiksaan...... memandangkan seat dia di bahagian belakang kelas dan di tengah2 barisan, maka aku nasihatkan dia supaya tidak selalu sgt memandang org keliling... biarkan org lain dgn tingkah laku diorg, Farah hanya focus paper dia jek... aku tak galakkan juga dia utk berbual2 kosong dan membincangkan soalan2 ramalan tu lagi..... masuk dewan periksa, otak mesti lapang... jangan bincang2 lagi, supaya tak confuse....

Aku tanya juga, ada tak sapa2 call hp dia? Dia kata ada.... maka aku kata, kalau kakak tak selesa dgn panggilan2 bagi support mcm tu, aku suruh dia off hp dia terus.... dia kata, mmg dia tertekan juga bila sapa2 telefon dia bagi support skrg ni.... mmglah dia appreciate semua call tu, tp perasaan dia makin tertekan bila semua org nak wish dia.....

Sebelum masuk tidur dia salam aku dan peluk aku kuat2.... nampak muka dia dah merah dah, mcm nak nangis... dia kan cengeng sikit.... aku kata, "ibu tak nak sentuh bab2 nasihat lagi... nasihat ibu, marah ibu, teguran ibu dah habis dah.... biar ibu marah sebelum periksa, dr ibu marah selepas periksa..." dia diam je....

Aku yakin dgn anak aku.... aku tau mcm mana dia bekerja keras dan berusaha utk peperiksaan dia esok.  Kalau pun keputusan yg baik tidak memihak kepadanya, aku redha kerana aku dah lihat kesungguhan dia sepanjang tahun.... Mungkin Allah belum mengizinkan.... dan kalau keputusan cemerlang memihak kpd dia, maka aku lah ibu yg paling gembira....

Aku hanya mahu dia berada di dlm kelas depan2 dan baik2 supaya perjalanan dia di sekolah menengah nanti baik2 saja.....

Farah...... ibu sayang farah, dan ibu terima apa saja yg mendatang seadanya.... kerana Farah anak ibu....

Khamis, 16 September 2010

Kakak @ Farah dah dapat Kad Pengenalan sendiri.....


2hb September, 2010 genap umur farah 12 thn.  Melayakkan farah untuk memohon Kad Pengenalan @ MyKad utk diri sendiri.... perghhh aku excited beb..... Farah memanglah excited juga...

 Farah di hadapan entrance JPN Putrajaya

Sementara masih bercuti maka aku dan hubby bawak farah ke JPN Putrajaya utk membuat MyKad dia.  Di samping itu aku pun buat baru juga utk penukaran alamat rumah.  Alamat rumah aku ni mengkonfiuskan sistem Suruhanjaya Pilihanraya di mana, bila aku semak tempat mengundi aku, rupanya aku tercampak mengundi di Sungai Long.  Maka pentingnyalah kita untuk betul2 tau alamat sebenar rumah kita.... Mcm aku Taman dan tiada Taman je yg membezakan tempat mengundi aku. Maka, aku pun buat keputusan utk tukar alamat yg sebenar dlm IC utk kemudahan di masa akan datang....

Ok, back to my daughter.... proses membuat IC tu amatlah lancar dan sempurna... terima kasih cik abang yg jaga kaunter no 9 tu sebb memudahkan semua urusan IC farah walau pun surat beranak farah kena update sebb tiada perkataan Binti atas surat beranak tu. Mungkin di waktu pendaftaran surat beranak farah, JPN Kajang tu tak letak nama baby dan ayah in one column... dia buat separately maka perkataan Binti tu tiada.

JPN Putrajaya memang cantik dan selesa dan efisen.... Syabas lah kpd perkhidmatan awam sekarang yg bagus dan memudahkan pelanggan..... officer2 nya pun senyum simpul jek..... kecuali masa nak amik gambar tu, tukang amik gambar tu tak bagi can langsung kita nak touch up.... dah duduk tu terus je nak shoot gambar... dahlah gambar dlm IC tu gambar lifetime.... kasi can lah sikit... klu mcm tu buat apa letak cermin kat bawah kemera kalau bukan utk kami2 ni nengok hasilnya..... tapi tak pelah... itu kes terpencil jek.... sib baik gambar ok tak leh nak komen lebih2....

 Menunggu no dipanggil utk collect MyKad ....

Wasilah Cinta Weera - Rose Harissa

First of all nak ucap syabas lah kat Rose Harissa atas novel nya yg amat bagus dan mantap... Sesungguhnya tak rugis sungguh aku beli novel ni tanpa recommendation dr sapa2. Just grab kt pesta buku selangor sebb baca komen dr pyanhabib betapa indahnya bahasa dlm novel itu.

Novel ni novel Islamic berkenaan dgn watak utamanya lelaki yg bernama Tajul Aweera Tajul Ariffin.  Emmm sedap ek nama hero novel ni... Jarang kita baca novel yg watak utama dia lelaki.  Or aku mmg tak penah baca pun rasanya.  Jalan citer dan bahasa novel ini sungguh indah dan mudah.  Tak meleret2... aku suka.. aku suka.... rilex sgt membacanya.  Tapi naper lah byk sgt especially nak ke akhir2 cerita bahasa dia lebih ke bahasa  Indonesia... Tp tak pelah, sebb aku peminat sitkom Benci Bilang Cinta, maka aku tak ada masalah lah nak memahami bahasa dlm novel ni. Tp tak byklah pun bahasa ala2 Indonesia dia...
Ok citer ni berkenaan 2 insan bernama lelaki, Aweera dan Ray yg saling mencintai.  Mencintai atas dasar saudara sesama Islam di saat2 Weera di buang oleh ayah kerana tertekan dgn fitnah yg melanda ibu bangsa siam Aweera dan dipelihara oleh Ray yg juga mempunya darah siam selepas kematian ibu bapanya.  Ray yg membela Wee (comel nama ni) hingga Wee menjadi manusia yg berguna.  Wee mempunyai rakan serumah bernama Firdaus yg sgt2 berhati jahat dlm citer ni. Yg menggoda awek seksi Wee, Jasnita hingga berkahwin dgn Firdaus.  Watak Firdaus ni jahat bangat sih... Watak Wee ni romantik, tegas dan boleh terjatuh cinta baiknya, berkahwin pulak dgn Sari Ayu tunang si Firdaus.  Asal nya nak tolong Ayu sebb tarikh kawin dh dekat dan nak balas dendam dgn Firdaus sebb kawin dgn awek Wee.  Tapi Wee tergoda dgn watak selamba Ayu.

Aku geram kat watak Ayu ni, sebb selalu sgt nak dgr ckp fitnah Firdaus tentang Wee dan Ray yg kononnya gay.  Tp cara penulis gambarkan persahabatan rapat diorg pun aku boleh bayangkan diorg ni mcm gay... Tp diorg ni bukan gay cuma terlalu akrab dan perhubungan mereka atas kerana Allah.  Ayu ni terlalu lemah sampai terlalu percaya dgn ckp2 org terhadap suaminya.  Moral kat sini, jgn dgr fitnah org...

Mcm2 cara Firdaus buat nak pisahkan Wee dan Ayu sebb cemburu melihat kebahagian mereka setelah berkahwin hingga ke tahap yg paling sadis.

Sebagai seorg suami, Wee pandai menjalankan tanggungjwb terhadap Ayu.

Citer ni mmg best, kelakar, sedih, romantik, geram semua complete lah.... Kena baca ending dia... best giler..

Aku rate buku ni 4.5 *....

Lagi Gambar Raya....

Bergambar di hari raya mmg seronok.... mcm2 aksi boleh diambil dan mcm2 kaler baju boleh jumpa..... ini antara koleksi posing memosing di hari raya.... 
Dari kiri, Farah, Desi dan aku
 Dari kiri, Farah, Aku, Muiz dan MIL

Adik hubby, Hidayah

Hidayah dan Desi... korang ni, kat pagar pun dan amik gambar

Adik hubby, Sazali dan keluarga

Anak Datuk Hairi, Wani

Bersama keluarga sebelah FIL 1st Syawal

 
Haaaa.... tulah... kalut nak pakai samping..

 Tetamu pertama yg datang serentak ke rumah mertua.... ramai kan?... penuh ruang tamu... 

Korang ni main cak cak lak....
Hot Mama..... vogue gitu... i likeeee.....




Rabu, 15 September 2010

Raya Pertama di Puncak Alam

10hb September, 2010 bersamaan dgn 1431 Hijrah, kita berhari raya....

Tahun ini dah 14 kali aku beraya sebagai seorang isteri dan 12 thn aku beraya sebagai seorg ibu dan sesungguhnya saat2 paling sedih adalah di pagi raya... bukan tak penah meminta maaf apabila membuat salah, tp di pagi raya bersama2 ahli keluarga saling bermaafan adalah saat yg paling syahdu sekali.

Momen2 yg syahdu di pagi raya......
 Dari kecik, anak2 aku di ajar untuk bermaafan dan meneruskan tradisi bermaafan begini supaya kelak, bila mereka berkeluarga, mereka juga akan meneruskan tradisi yg sudah makin dilupakan skrg ini.


Studio live di rumah mak mentua.... carilah kat mana2 studio kat KL ni, confirm tak ada yg sama mcm kami.... he he

Nak citer pun tak ada apa, sama je dengan org lain cerita raya nya.... layan gambar2 je lah.... gambar2 pun boleh bercerita utk kita.... Semua gambar ini di ambil di laman rumah mak mentua yg penuh dgn orkid2... Mak mentua mmg ada 2 kebun orkid untuk tujuan perniagaan, bukan suka2... sesungguhnya orkid mak mentua aku mmg kelas.....


Hero ku.... dan para kesayanganku....

Sebenarnya ada citer di sebalik warna baju yg lain dgn anak bujang aku.  Itu bukanlah baju thn lepas atau baju yg salah beli.  Semua baju tu kami tempah tak beli siap, hatta manik kt lengan baju farah tu pun siap pukul 3.30 pagi di pagi raya.  Sapa yg jahit? aku lah..... he he he...

Sepatutnya baju Farah sama kaler dgn baju Muiz, tapi minggu pertama puasa, tailor baju Farah bgtau kain Farah hilang dr simpanan dia.  Boleh imagine tak???? Nak marah pun tak boleh, sebb mmg tak boleh lah.... kenalah aku pegi ke Jakel Segamat pegi mencari baju tu kot2 ada kat Segamat Branch... tak ada lah pulaks... cari2 kaler yg lebih kurang tak ada lah juga.... akhirnya kenalah aku cari kaler yg sama sikit dgn kami... tinggallah Muiz dgn kaler baju yg agak lain sikit dr kami... kesian kan?... Sib baik dia hensem..... he he

Percayalah...... ini bukan adik aku, ini adalah anak dara aku.... anak dara aku yg berumur 12 tahun, baru je dpt IC td.... 

 
My Real Hero....
Inilah Abah dan Mak mertuaku....

 Bersama family in law...