Rabu, 23 Mei 2012

Aku demam....!

Semalam aku MC, 1st MC of the year.... cehhh bangga giler aku rasa nak buat frame MC tu... jarang2 berlaku begitu.... tapi mungkin aku rasa keje tak terbeban, dan dikurnikan kesihatan yang  bagus maka aku tak lah ada MC lagi... tapiiii tak lah bermakna aku ni kaki MC.... dulu2 pun takat 4 or 5 jek MC aku setahun..... itupun byk "monthly".... emmmm he he he.... 

lepas muiz injured siku tu aku baru perasan, untuk tahun 2012 ni itulah 1st  time ada cop klinik.... alhamdulillah juga Allah swt mengurniakan kesihatan yang baik utk aku anak beranak..... aminnn.... 

ini obat aku semalam.... banyak nya nak makan obat.... tak suka obat besar2 rasa tersangkut kat dada... 

punca demam?... adik aku satu family demam2 batuk2 semua.. so ahad tu kami bawak dia gi Azzahrah.... lepas tu berkampung kat rumah aku.... malamnya aku hantar dia balik sebb dia datang dijemput abah aku naik keta abah.... aku suspect lah... aku jangkit kat diorg..... 

kesian ika dengan adik ipar aku Ikin.... diorg ni teruk sungguh demam... melepek..... mak aku amik ika hari isnin baru ni sebb nak bagi mummy diorg rehat... sebb ika sgt banyak ragam bila demam asik nak dengan mummy dia jek.... 

tapi bila dia kat rumah aku, kesian lak aku dengar asik nak mummy jek.... ayat biasa dr mulut ika..

"nenek, nanti tipon mimi yea.." dia panggil mummy dia mimi... he he
"akak nak mimi.."

pastu jadi meroyan habis semua orang tak kena kat dia... dipukul nya kami semua... 

semalam hujan tengah hari... aku saja ajak ika gi balcony atas tempat jemur kain aku.... aku nak pusing mesin basuh.... tiba2 hujan lak turun.... bila dia dah teman aku, aku pun dah mula laloq makan ubat piriton tu, nak tidur lah sebelah dia... pastu kuar ayat dari mulut dia.... sangat terharu aku mendengarnya... 

"macam mana kita nak pegi jumpa mimi, makyong?" wahhh ayattttt bersusun elok nya.... 
pastu aku cakap, tunggu hujan berenti.... 

pastu dia tanya nenek dia pulak "macam mana kita nak pegi jumpa mimi, nenek?" oooo tidakkkkkkk..... aku dengar sungguh kesian.... mcm anak tak bermak bapak lak.... pastu adik aku merangkap bapak ika call suh hantar anak dia kat Hosp Serdang sebb nak cek darah..... 

petang tu mak aku call, "long, ikin masuk hospital... suspect denggi.." alahaiiiii... bertambah tekanan perasaan lah si Ika tak boleh jumpa mimi dia lagi.... 

so, mulai semalam till next few days kenalah tahan dengan karenah Ika...... tapi semalam papa ika datang tengok anak dia, aku suh dia samada bawak ika balik, or dia tidur rumah aku sebb kesian lak aku tengok ika mcm tekanan perasaan... pagi td kata papa dia, elok jek dia tidur....




Tiada ulasan: