Isnin, 14 Mei 2012

Dislocation Elbow... Muiz ku

kesian.. hensem2 dah injured..

sabtu petang kul 5.30pm... anak bujang ku balik dari main bola sambil nangis2 pegang tangan... dia duk ampung siku dia... katanya terjatuh main bola depan surau taman rumah tu.... heran gak aku sampai mcm tu sekali main bola... Amer anak angah kebetulan main sama, dia kata budak kampung luar datang main lalu tackle kaki dia dari belakang.
Budak besar lak tu... siap amer kata "hitam giler.." ha ha ha... hitam sungguh lah tu kat pandangan mata dia ....

aku dah suspens dah... tengok2 kat tempat sakit tu, siku dia rasa mcm terjojol... alahaiii.. takkan kot siku dia patah... tp tak bengkak mcm dulu... dulu siku kanan dia retak keliling tulang tangan dia dan dan bengkak panas ni.... so, aku berdoa just terkehel jek tak serius sangat....

so... gi lah hospital an nur nak x-ray... kul 6.05pm sampai hosp tu alhamdulillah dia teus panggil je muiz... doktor pegang siku kurang sakit katanya tapi dr lengan ke pergelangan jari dia sakit... suh dia gerak2kan jari tak leh, suh dia luruskan tangan dia sakit.. so doktor suspect patah...
dlm bulatan tu lah kedudukan tulang mcm biji buah gajus  yg bulat tu dah beralih ke bawah..

Lepas x-ay... sambil duduk tunggu doktor panggil, nak tergelak tu duduk sebelah2 dengan budak baya dia pun sama tengah andung tangan kanan, Muiz pulak tangan kiri... aku duk belakang muiz tengok... wah sama2 nakal ni tangan patah... kata bapak budak tu anak dia jatuh masa Pend Jasmani... wahhh ganas tu main2 kat PJ boleh patah tangan...

Tapi, sebelum tu nurse dah bagi ubat tahan sakit kat punggung... kesian muiz, masa nak masukkan ubat tu dia nak gerak baring pun susah... sedih sungguh aku nengok kan...

lepas doktor treat budak sebelum muiz tu, turn anak aku lah.... emmm doktor tanya bila jatuh, mcm mana jatuh.... dia suh tengok kat filem xray tu, katanya quite serious kes muiz sebb dislocated elbow... bahasa mudah, tulang dia dah beralih dr sendi... tapi tak patah or retak keliling tulang, just terkeluar dr sendi jek.. aku suspect masa dia menahan badan tu dia tertwist tgn dia...

doktor kata, kalau doktor biasa yg tengok tak nampak retak mungkin just letak andung je tak simen.... so, kendian hari mungkin kena operate sbb lambat masukkan kat position asal dia.... aduhhhhh bisa telinga aku mendengarnya... rasa sedih... airmata nak menitik sebb sedih... tp tak menitik lagi.. kira kuat juga lah jiwa raga aku... aku kalau bab2 anak ni mmg aku kalah...

so, doktor explain lah procedure dia... mula2 kena tidurkan muiz sebb kalau buat terus dia tak tahan sakit.. pastu masukkan sendi dia semula... pastu simen separuh...

masa nak inject ubat tidur dan tahan sakit tu, dia dah start takut... dia pandang aku, aku terus pegi kat dia dan pegang dahi dia... aku suh dia ngucap dan ckp tak sakit ulang2 kali.... perasaan aku?.... sedih sungguh.... jgn cakaplah... segarang2 aku.... hati aku tak sampai...

doktor kata, it takes a while utk dia rasa ubat tu nak jalan... mula2 anak mata dia kembang, pastu dia rasa gatal2 dan batuk2.... pastu tangan dia mula meraban2... macam org high he he he... mata dia stil cari aku.... teringat aku masa dia nak dibiuskan utk operate appendix masa umur dia 3 tahun dulu.... doktor kat med ctr tu suh aku duk depan mata dia sebelum biuskan dia... so, mcm tu lah perasaan aku la ni... hu hu...

dah agak2 dia dah tertidur, doktor kata procedure ni nampak kasar, klu tak mau tengok boleh duk luar... hubby aku suh aku duk luar... tp aku nak gak tengok... so doktor start pegang2 tangan dia, pusing2 tangan dia... masa belum masukkan tulang tu aku tengok tangan dia terkulai... pastu doktor dah masukkan, dah ok, pasang simen separuh kat bahagian bawah siku ke pergelangan tangan.

Hubby aku tanya, mcm mana nak pastikan tulang tu dah masuk? doktor kata buat xray... so hubby aku suh doktor xray balik...

masa tunggu xray tu... lama nya lah doktor tak kuar2 rupa2nya tulang tu tak masuk betul... tu yg doktor buat kat dalam bilik xray pulak... tak tau lah mcm mana cara dia buat, sebb dah simen dah anak aku tu... mesti sakit kan?... eee kesian bila aku ingat kan..

Muiz masih lagi tidur... so doktor explain lah, lepas ni dia akan rasa sakit2 kat siku akibat dari tisu2 dia dah rosak.. proses pemulihan tisu2 tu akan buat dia rasa sakit...


Hubby aku ni sooo fatherly.... sampai buka youtube cari video apa itu dislocation elbow dan cara treatment dia bagi Muiz tengok.... supaya dia tau apa yg terjadi dan sebab2 dia....  tak lah blank je dia .... termasuk aku lah sama.... he he he..

doakan anak bujang aku cepat sembuh yea...

Tiada ulasan: