Selasa, 23 November 2010

U p S r buah hatiku


Cerita ini dah lama, tp nak juga masukkan entree.... pd 11hb Nov 2010, keputusan UpSr 2010 telah diumumkan... perasaan aku sebagai seorang ibu yg 100 peratus memastikan jadual pelajaran dan kelas tambahan anak aku teratur pastinya tak tentu arah.  Huiii jgn ckplah kalut dan takut nya aku.... sampai kan budak2 opis kata, aku punya muka pucat semacam pagi sebelum amik result tu.. entah lah... org lain mungkin tak kalut dan takut... tp aku tetap takut, sebb aku hanya ada 2 org anak, dan ini adalah yg sulong.... yg sulong yg mungkin merubah hidup dia dan keluarga... walaupun hubby aku ckp, its just upsr tp bagi aku, kalau aku tak andaikan semua peperiksaan besar itu penting, maka anak aku mungkin jadi tak penting suatu hari nanti.... bila dia menjadi tak penting, maka tiada kepentingan dia di mata sapa2 pun..... 

Maka tibalah tarikh 11hb, pukul 10.30 pg.... masa aku park kereta berhampiran sekolah, hubby call kawan dia salah seorang guru Farah tanya result dah keluar ke? Cikgu Ina ckp, dah keluar dah tengah bagi ni, anak kau dpt 4A 1B.... .what???? aku mcm tak percaya sebb  trial dia 3A 2B... dah aku punya expectation pun 3A sahaja... lagi teruk aku siap mimpi berulang2 kali 2A 2B 1C.... rupa2nya Farah termakan mimpi aku result buruk mcm tu... patutlah dia takut semacam jek... he he he.... apa punya ibulah ni he he he...menakutkan anak jek.... jgn buat lagi tau ibu..


Sampai2 je aku kat sek... Farah nampak aku terus langkah kawan dia kuar menangis peluk aku.... "ibu, akak dpt 4A.." ha? terkejut den... mana taknya aku expect dia dpt 3A jek... pastu aku tanya dia "naper akak nangis?" dia kata, yelah.. ibu mimpi akak dpt 2A jek, akak takutlah.... laaaaaaaaaaa... Farah Farah.... aku pun nangis samalah buat drama kat sana... tak kiralah... peduli apa, org bukan tau perasaan aku.... harapan aku tinggi kat dia... 

Ini gambar Farah dgn besfren2 dia yg semua dpt good result.... Syuhada dpt 5A, Ilham dpt 5A, Iffatun dpt 5A, Asnad dpt 5A, Asiah dpt 4A... Tahniah kat korang... 
Tahniah juga pada murid2 Tahun 6 Sek Kebangsaan Sg Merab Luar kerana mendapat keputusan yg diluar jangkaan cikgu... 11 org mendapat 5A, 10 mendapat 4A... 100% lulus.... yelah, bunyi mcm sikit kan? tp dulu2 sekolah ni lagi teruk... masa aku nak masukkan anak aku sekolah ni bila aku tanya keputusan upsr, lagi aku nak pengsan... tp aku tak ada pilihan.. ini aje sekolah yg hampir dgn rumah.... tawakal aje.... 


Ini pulak cikgu2 tahun 6 yg menangis kegembiraan kt belakang dewan kerana keputusan yg baik dan boleh menarik nafas lega .... yelah perasaan cikgu2 pun mcm ibu gak... prestasi sekolah bersandarkan kpd keputusan upsr... 


Tahniah!!!!....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..... tahniah Farah.

alma berkata...

tahniah buat adik farah

mzhany berkata...

TAHNIAH farah...hehehe sowii lambat wish

SweetYatt berkata...

thank you Ma dan Hani... emmm.... kak tie pun lambat say thanks...