Selasa, 5 Mac 2013

Juara lagi...

Alhamdulilllah.... utk kali ke 3 penyertaan sek Muiz lagi pertandingan Choral Speaking peringkat sekolah2 rendah daerah Sepang....

Muiz mmg suka masuk apa2 acara yg sekolah dia buat.. memandangkan dia nak peksa besar tahun ni aku kena hadkan penyertaan dia.... bulan lepas dia wakil sekolah ke pertandingan catur, bulan ini Choral Speaking lak... tak apalah dah minat dia kan..... kami sokong aje... tp kami dah pesan, apa2 saja pertandingan bola sepak tidak dibenarkan masuk.... sebb bila diorg ni masuk pertandingan, pasti akan tak pegi sekolah selama mana pertandingan berjalan.... kan susah tu.... 

Korang tau tak apa tu Choral Speaking?... aku nak explen pun tak reti... tapi apa yg aku paham, ia adalah lontaran suara berbentuk chorus dlm satu kumpulan yg dianggotai oleh 30 ke 40 org murid... diberi tema contoh "1 Malaysia"  dan guru bahasa inggeris sek akan mengarang dan memberi murid2 peranan masing2 untuk membuat lontaran suara. Aku rasa markah yg tingi akan diberikan kepada sekolah yg dpt membuat lontaran suara sama dan difahami di samping sebutan dlm bahasa inggeris mestilah bagus....sesebuah kumpulan pula hendak lah dipimpin oleh seorang konduktor... dan ada juga hadiah untuk konduktor terbaik...
 
Ini aku dpt dr internet maksud:

"Choral speaking involves a group of people speaking a piece of prose, poetry or drama together. The material is divided up - solo voices & groups of voices. The different groups can 'talk' to each other; voices can be blended to create an effect. A solo voice can speak against the background of the chorus. Voices can be blended to create sound effects, for example the sound of wind. The choir can use gesture, movement & grouping to enhance the material being spoken. Sadly we don't hear much choral speaking now, but it can be very powerful. A choir of voices can create effects that a solo voice can't."


According to one my english teacher fren, murid yg dipilih kena minat utk participate, klu tak, mereka tak akan mudah hafal dan tak akan dpt dilatih dgn bagus.... sebab tu muiz sanggup setiap tahun join event ni... aku admit dia tak bagus bercakap dlm English tp mungkin sebb dia punya pronouciation yg bagus dan komitmen yg tinggi tu yg terpilih lagi... 

mana tak nya, once dia dapat je kertas nak hafal... tak lekang kat tangan asik hafal je... pegi mana2 pun pegang kertas nak hafal, hatta dlm tandas pun dengar dia hafal hehehe....  abah dia lagi best, suh dia cakap kuat2 dar tingkat atas kat tangga tu lontar suara ke dinding bagi kuat.... 



ini lah hadiah yg muiz dpt semalam....  tak sabar2 nk bgtau aku dia menang lagi... lepas ni pergi wakil daeah ke peringkat Selangor... harap tk jadi mcm tahun2 lepas, lebur di tengah jalan.... tak pelah... yg penting, participation kan..... 

ini hadiah yg dia dapat utk 3 tahun berturut2.....  year 2011, 2012 dan 2013

Tahniah adik.... 




1 ulasan:

ANNA MARIANA berkata...

wah, tahniah yer..