Isnin, 6 September 2010

Buat Cornflake Madu

Jumaat malam lepas, 6hb Sept. Aku start buat kuih raya.  Kuih wajib setiap tahun aku buat adalah Cornflake madu. tahun ni aku buat 4 kotak x 500kg cornflake khas utk buat kuih tu... Anak2 aku mmg suka kuih ni, kawan anak2 pun suka... pakcik makcik anak2 aku pun suka (he he he adik badik lah..)

So, mulalah buat dlm pukul 9.30 pm sampai lah kul 1 am.... buat kuih ni senang jek.... buat malam2 seronok sikit boleh makan2, minum2... buat siang2 ni nak rasa pun tak leh... 
 Ini adunan butter, madu dan milo di masak hingga cair dan sebati...
Ini cornflake yg telah digaul sebelum di masukkan ke dlm paper cup

Masukkan cup ke dlm bekas mcm ni supaya senang dia  terbentuk bulat je masa kita tenyehkan adunan cornflake tu tadi... letaklah hiasan2 di atas bagi selera budak2 nak makan... tukang buh hiasan keje Farah...
Lepas tu buh dlm tray pembakar, dan bakar selama 10 minit. Kenapa kena bakar? sebb utk menjadikan dia keras dan rangup dan tak bercerai2 bila nak makan... 

Dah siap... inilah semuanya Cornflake madu yg dpt dibuat mlm itu... yg balang tinggi kat belakang tu dah habis dah kena makan dek anak2 buah ku semalam.... Dah nama pun budak2 mmg lah suka kan....

Agihan2 dan pecahan2 balang ini adalah, mak aku, mak mentua, ipar aku... aku punya? tu yg tupperware giant tu... aku punya... makan jgn sampai kena kencing manih dah... 

Tiada ulasan: