Isnin, 20 September 2010

Farah vs UPSR... perasaanku...

Esok, anak pertamaku, Farah akan menduduki peperiksaan UPSR.... good luck kak... ibu mendoakan agar kakak tenang dan senang menjawab soalan... entah kenapa aku rasa, aku mcm yakin Farah boleh buat.... dr awal tahun aku duk monitor perkembangan dia.  Marah dah, nangis dah, risau dah, semua perasaan dah.... Lagi2, hari pertama Farah periksa, abah dia kat selatan tanahair lak atas urusan kerja... Tapi abah dia dan Muiz dah baca Surah Yassin mlm tadi utk bantu dia.

Tipulah kalau aku kata aku tak gabra langsung, ibu anak sulong mana yang tak gabra? Ibu yg tak kisah aje yang akan berfikiran mcm tu.... lagi2 aku yg punya anak 2 saja.... itu saja harta dan masa depan ku... bukan rumah, bukan kerja ku sekalipun.... hanya anak ku yg 2 org tu aje....

Tadi aku dah borak2 dgn dia... walau dia duk pegang buku utk tengok2 format karangan dia takut lupa tapi aku tau dlm hati dah fikiran dia dah tak tentu arah.... aku tanya "kak, akak sebenarnya masuk tak apa yg akak baca tu?" dia senyum sambil geleng kepala.... so aku suruh dia tutup buku tu dan tenang2kan fikiran.... aku ckp, kalau kita faham soalan dan tau format, bagilah soalan apa pun mesti boleh buat....

Aku suruh dia baca tip2 sebelum dan semasa peperiksaan...... memandangkan seat dia di bahagian belakang kelas dan di tengah2 barisan, maka aku nasihatkan dia supaya tidak selalu sgt memandang org keliling... biarkan org lain dgn tingkah laku diorg, Farah hanya focus paper dia jek... aku tak galakkan juga dia utk berbual2 kosong dan membincangkan soalan2 ramalan tu lagi..... masuk dewan periksa, otak mesti lapang... jangan bincang2 lagi, supaya tak confuse....

Aku tanya juga, ada tak sapa2 call hp dia? Dia kata ada.... maka aku kata, kalau kakak tak selesa dgn panggilan2 bagi support mcm tu, aku suruh dia off hp dia terus.... dia kata, mmg dia tertekan juga bila sapa2 telefon dia bagi support skrg ni.... mmglah dia appreciate semua call tu, tp perasaan dia makin tertekan bila semua org nak wish dia.....

Sebelum masuk tidur dia salam aku dan peluk aku kuat2.... nampak muka dia dah merah dah, mcm nak nangis... dia kan cengeng sikit.... aku kata, "ibu tak nak sentuh bab2 nasihat lagi... nasihat ibu, marah ibu, teguran ibu dah habis dah.... biar ibu marah sebelum periksa, dr ibu marah selepas periksa..." dia diam je....

Aku yakin dgn anak aku.... aku tau mcm mana dia bekerja keras dan berusaha utk peperiksaan dia esok.  Kalau pun keputusan yg baik tidak memihak kepadanya, aku redha kerana aku dah lihat kesungguhan dia sepanjang tahun.... Mungkin Allah belum mengizinkan.... dan kalau keputusan cemerlang memihak kpd dia, maka aku lah ibu yg paling gembira....

Aku hanya mahu dia berada di dlm kelas depan2 dan baik2 supaya perjalanan dia di sekolah menengah nanti baik2 saja.....

Farah...... ibu sayang farah, dan ibu terima apa saja yg mendatang seadanya.... kerana Farah anak ibu....

Tiada ulasan: