Isnin, 12 April 2010

Kedi Golf, "lelaki tak kisah yea.."

Hari ni, aku kena tolong buat arrangement golf utk bos kecik. Tapi bos besar pun main gak lah. So seperti biasa, aku mmg agak terer lah buat arrangement booking golf ni. Alah, apa susah, bagi date/flight (bukan flight terbang2 yea...) minta waktu yg available pas tu tanya brp green fee dia, dah siap. Just 1 call. Tapi..... yg aku nak citer ni bukan pasal golf nya, tp psl kedi nya. Ini lah first time golf ctr tu tanya nak kedi ke tak? Aku agak lah kan, sebelum ni diorg tak penah tanya sebb pemain2 handalan golf ini senang dpt on the day diorg main tu lah.... ater kedi kejenya tolong bwk beg golf.... mestilah ada yg tunggu2an kat padang golf tu kan.... So, dah buat booking, sms lah bos kecik bagi dia detail booking dan tanya lah sekali nak kedi tak? ok lah bos kecik kata, amik lah juga..... jeng jeng.... aku pun call lah balik minta kedi....

Tapi aku terkujatlah, apabila dia kata, 'kedi lelaki tak kisah yea? kedi pompuan dah kena booked"...
haaaa? aku tanya, 'eh ada kedi pompuan ke?' ishhh kampung betullah aku ni... itupun tak tau (mmg tak tau pun).

Budak pompuan tu jwb 'kami ada kak tp kedi pompuan kami tak ramai ada 8 jek' aku pun makin syok lg tanya ater busy body kan... aku tanya lagi 'mmg kat malaysia ni kedi dia pompuan ke?' budak tu kata, 'kebanyakan mmg pakai kedi pompuan sebb ada demand, dan diorg tu semua dtg dr indonesia' tu diaaaaaa aihhhhhhh...... udah mcm jd satu industri lah pulak import pekerja wanita indonesia utk jadi kedi kat malaysia... betul2 malaysia boleh.... Bukanlah aku tak tau ada kedi pompuan kat malaysia ni, cumanya aku tak tau lak kedi2 pompuan ni rupanya dah jadi trend kat padang2 golf malaysia.... sebb laki aku tak main golf kan..... kalau laki aku main golf aku mesti tau sebb dah sah2 aku pun akan ikut dia main golf sekali.... ok apa, aku amik pulak kedi lelaki tp biar yg ganteng aje?.. sama2 rasalah marahnya..... he he he....

Sambil tu aku terpikir gak, no wonder quarter pounder lah ramai bini2 yg laki dia aktif main golf kat malaysia ni sering rasa tergugat. Yelah, agaknya mcm manalah dressing kedi2 pompuan tu bila meng kedi kan pakcik2 yang main golf ni. Aku duk bayangkan diorg ni pakai mcm Maria Sharapova ke, Serena Williams ke... naper aku ckp pakcik? sebb ramai2 yg jadi bos2 kat malaysia ni rata2 umur dah 40thn ke atas, pakcik lah kan? Separuh darinya dah bergelar tuan haji.... tapi tu tuan haji punya pasallah... diorg main golf sebb nak bagi keluar peluh, aku sibuk apasal?

Tp mungkinlah juga, dah ramai abang2 yg main golf sekarang ni (aku panggil abang sebb diorg muda dr umur 40thn ok).... kan golf tu satu permainan yg agak kelasi sikit kan.... yg dressing mahal2 je boleh main golf... mana taknya sekali main tak ada rm500 jgn ckplah..... 2 kali main, dh boleh dpt satu Coach handbag dah....

Walau bagaimana pun aku bersyukur laki aku tak main golf sekarang ni. Esok2 entahlah.... tp kalau esok2 dia main gak, cepatlah aku dpt sakit jantung mcm mak aku.... mak aku tu kiranya dah tua lah baru dpt penyakit, itupun abah aku tak main golf... Kalau abah main golf, dah lama makan hati....... he he he... Tapi tak semua org main golf notty2 lah.... aku tengok bos2 aku semua ok dan so so lah selama ni .... sebenarnya aku tak pikir pun diorg ni jahat sehinggalah terjawabnya soklan2 yg aku tak penah tanya seperti di atas tadi..... he he he.... Takpelah bos2... kalau pun korang main golf yg ada kedi pompuan, aku assume diorg tu semua pakai long pant dan long sleeve lah... kalau tak berbelang lak peha dgn lengan diorg tu... diorg sendiri pun tak selera nak tengok ke belangan diorg tu nanti...........

Sapa2 yg baca ni, sila berfikiran positif macam aku pikir positif kat bos yea.... tak baik tau pikir2 negatif kat orang lain.... sikap nak amik tau tu tak pe, mcm aku lah.. aku mmg byk sikap nak amik tau tu sebb byk tanya kat kerani golf tu....

Tiada ulasan: