Khamis, 15 April 2010

Makan2 di Kawan Kopitiam

Malam td, seperti biasa hari aku dgn my dear hantar anak gi tuition kat Seksyen 3 Bdr Baru Bangi. Selalunya balik rumah dan akan keluar balik lepas 2 jam nak jemput anak. Tp semalam my dear lapar (dan aku pun lapar gak sebb tak makan nasi he he he... konon diet... kononnnnn...). So kami pegi lah makan kat Kawan Kopitiam (kepunyaan Ezzah Aziz Fauzi TV3) yg dekat dgn tuition ctr anak. Aku makan Szechuan Kueh Teow Pedas (sampai pagi ni pun perut aku pedih lagi dek pedas bangat nya)..... nampak memang menyelerakan dgn pinggan bagak punya besar.... mcm big plate lak. Tengoklah ukuran pinggan dgn garfu yg kat bwh tu, besar kan? Ini rupa nak diet? tp oklah menu ni tak oily. Lebihnya kuah dia bertepung jagung + telur hancur jadi pekat lekat lah.... more to chinese food lah... Masa order ni datang terus aku tercakap "mak ai, heavennya..." senyum je adik yg hantar order ni... My dear makan fish n chip. Tak amik gambar sebb sama jelah kat mana2 fish n chip pun.... tp my dear kata sodap gak.... ok lah... Dulu2 aku dgn budak2 opis rajin gak makan kat sini, tp skrg tak lagi..... tu yg semalam tu teringin nak makan kat situ... so masih sedap lah.... my dear tak penah makan kat situ...

Tu tengok my dear, kat mana2 pun laptop ke tablet ke mmg jd teman sejati... tu idea tengah dtg mencurah2 lah tu utk meeting esoknya (pagi ni lah) masa makan tu... sat dia tarik pinggan dia makan, sat dia tolak nak tulis... sat aku jadi secretary dia tulis, lama2 dia tulis terus sbb idea tgh ada....

Tapi aku mmg kagumlah dgn my dear.... dia ni mmg gunakan sungguh2 teknology yg ada tak kiralah yg lama ke yg baru punya product tuk buat keje dia lancar dan mudah.... percaya tak aku ckp, tablet tu jenis old fashion yg my dear beli dgn harga yg dia kata amat murah. Dia godek2 dia install ikut citarasa dia, pastu dia pakai.... bila dia pakai org naik kagum lak dgn dia.... sesuailah dgn gelaran King of Gadget yg diberi oleh kawan2nya....

Bang pssttt.... dengarnya masa abg ngigau hari tu, kat US nanti nak sambar iPad, betul ke?

Tiada ulasan: