Isnin, 19 April 2010

Balik kampung Tanjung @ Rembau

Si Muiz, sakan main badminton, terkena duri semalu.... durinya adalah besar hujung jarum tp jeritnya mcm kena tusuk batang pokok lauk pauk yg aku masak tu dlm bekas kuning, bekas hijau dan oren. Yg dlm bekas pink tu mak aku bwk dr rumah dia Abah yg keletihan buat keje...
Semalam aku balik Kg Tanjung, (kampung Farah Fauzana gak ni) kampung di mana dulu masa kecik2 balik raya kat sana lah. Kampung abah aku. Aku suka balik Tanjung ni sebb laman uwan aku bosar... Anak2 aku pun suka amek lah dpt balik Tanjung sebb diorg boleh buat apa saja kat sini. Tapi semalam uwan aku tak ada, dia kat rumah anak pompuan dia kat Jerantut. Abah ngan pakcik makcik balik sebb nak betul kan pintu rumah uwan yg dah kena makan anai2, pam perigi yg bekalkan air ke rumah baru tu dah rosak. Kebetulan semalam tak ada apa nak buat sgt, budak2 dah buat homework, kumon dah settle, farah dah buat latih tubi sabtu dan ahad pagi, tu yg dpt idea nak balik. Hubby lak pegi Kedah sabtu petang tu. So, tinggallah aku, budak2 dgn si desi. Maka, disebbkan oleh ketiadaan air semalam, maka mak minta lah jasa baik aku utk tolong masakkan lunch dr rumah. Tak ada hal... mudah amat..... masak Udang + buncis masak lemak cilik padi, sayur pucuk paku goreng, ayam goreng, ulam petai. Kebetulan pulak makcik aku bwk ulam pucuk ubi dgn ulam raja... Maka makcik aku yg caterer tu buatlah sambal belacan sikit.... (mak ai kecur air liur aku tgh menaip ni)....
Bertolak dr bangi ni pukul 10.30 lepas muiz habis tekwando dia. Sampai kat Tanjung pukul 11.45... keta tak banyak sgt. Bwk pun bukan laju sebb bwk budak2... bukan nak rushing pun... Sampai2 je pakcik2 dgn abah tengah betulkan pintu rumah uwan. Dgn air tak ada, minta sambung paip dr rumah org sebelah.... Budak2 pulak bwk reket badminton nak main badminton kt rumah uwan. Memang laman rumah uwan den bosarrrr..... kalau main nyorok2 mmg tersorok terus lah... silap haribulan tak tau cari jalan keluar kena sorok dek hantu tetek hu hu... itu belum citer byk pokok2 laman org tak terjago...
sebenarnya ada byk gambar aku tp kat dlm kamera bibik, belum transfer lagi. Nanti later2 aku buh lah dlm ni. Buat masa ni tataplah gambar dr BB aku dulu...

Tiada ulasan: