Jumaat, 30 April 2010

Perjalanan ke Chicago, US Part 1

Sekarang ni aku berada dlm flight di atas bumi Amsterdam. Mana aku tau aku kt atas Amsterdam, alah tengoklah peta kt dlm flight tu he he.. Belum separuh pun perjalanan dr Doha ke JFK New York. Penerbangan mengambil masa 14 jam. Aduhai… lagi 8 jam nak tempuh perjalanan. Tp sebb nak jalan punya pasal, kena lah hadapinya. Mlm td kami di hantar oleh Ajak (staff laki aku). Thanks to Ajak. Sampai di KLIA dlm pukul 12.30 pagi. Flight dr KL ke Doha pukul 2.55 pagi sepeeii… Sampai2 je dah ramai yg beratur nak check-in. Kami bwk 2 beg besar gak.
 
Senang nak membeli belah tak yah cari beg lain. Beg penuh makanan jek. Tapi cekelat kit kat kami tertinggal dlm peti ais rumah.. hu hu… Dlm flight kami ramai gak mat hitam beratur. Ada yg nak balik Nairobi (sibuk lah pasang telinga masa dia nak cek in tu). Punyalah lama nak sampai turn kami. Sampai turn kami dpt pulak budak trainee yg handle… alahai… mcm2 dia Tanya kat akak sebelah tu sebb kami minta dia check in kan beg kami dr KL straight to Chicago. So kami tak yah lah susah2 nak amik beg dan check in beg setiap kali landing. Buang maso yo…. Adalah dlm setengah jam kot budak trainee tu nak proses kan boarding pass kami sampai ke Chicago… tup2 pandang belakang dah tak ada org yg ramai2 beratur sama flight dgn kami. Aiseh man…. My dear siap ckp kat budak tu “beg kitorg ni last ni, jgn beg tak sampai Chicago dah…” mana taknya buatnya staff bagasi KLIA tu buat sambil lewa je, naya kami… Habis je check in bag, ngam2 masa utk boarding… kelam kabut nak kejar train nak ke terminal.
Sampai just on time. Kami dpt duduk kat seat no 15J & K. Mmg dah minta akak travel agent tu cari seat yg dpn2 tak mo duk kat belakang2. Maka kami bertolak lah dr KL to Doha penerbangan sejauh 7 jam perjalanan. Ramai org Malaysia naik Qatar Airways ni. Aku rasa Qatar Airways ni mmg murah kot. Adalah satu grup warga emas dr PJ dlm 20 org kot nak ke Amman Jordan. Nampak gaya auntie2 tu semua nya jenis berwang tu… diorg bercuti laki bini jek. Ada satu auntie kata, dah tua2 ni travel berdua dgn suami berkumpulan mmg menyeronokkan…. Rata dah auntie2 tu jalan satu dunia. Dasyat tul.. Oklah back to our journey. Sampai kat doha dlm pukul 5.30 pagi waktu Doha. Mcm dah pukul 12 thari panasnya. Satu je aku tak suka service airport Doha ni. Kelam kabut.. pekerja2 kat bahagian check in dia boleh upah org2 luar ni. Mcm bangla, Pakistan, indon pun ada. Pas tu diorg ni tak cek betul2. Sebb tu lah ramai pengedar dadah masuk dr Doha or Abu Dhabi sebb mmg security diorg tak tight langsung. Itu belum citer warga2 indonesia yg kerja pembantu rumah punyalah ramai kat airport diorg nak balik ke indon. Merata2 org indon ni keje. Tengok gambar kt belakang ni...semua tu org indon je tau.















Kami ada masa 3 jam aje utk flight ke JFK. Sempat lah minum2 kopi caramel kat Doha airport. Tapi nak check in kat Gate 18 flight ke USA mmg ketat. Officer yg cek passport pun kulit hitam yg besar giler badan dia. Siap pandang2 muka mcm nak telan org jek. Security dia agak tight, yg perempuan kena raba dr kepala sampai ke kaki. Bwk2lah corporate dan ikut ckp diorg jgn nak tunjuk pandai, sbb diorg mmg tegas. Dlm flight ni ramai sungguh org India ke New York. Entah keje ke jalan2 ke tp ramai org2 tua dgn family. Boleh tahan diorg migrate sampai ke New York. Sebijik mcm citer Hindustan yg aku tengok sebelum2 ni ramai sungguh family india kat Amerika. 

Apa aku buat dlm flight sepenjang 14 jam ni?... hui jgn ckplah….. naik muntah boringnya… sempat tengok movie citer Hindustan tajuk “Khartik Calling Khartik”.. ha ha ha kelakar aku tengok citer Hindustan?... Tp citer dia best… suspens… adalah 2.5 jam masa dah habis tengok Hindustan. Lepas tu buat apa? Main game lah…. Game budak2 mcm Bejeweled tu….. Game Bejeweled 2 tu pun aku main gak…. Punyalah boring. Novel mmg lah ada bwk… sikit punya tebal novel aku bwk. Tp takada feeling lagi nak baca. Nanti2lah kot lps menaip ni… Rilex ar byk masa atas flight ni. Lepas ni dr JFK nak ke Chicago lak… aduhhhhh…. Ikut map inflight ni kejap lagi flight kitorg ni akan berada atas bumi Britain lak… (catatan ini masa dlm flight...)

Tiada ulasan: