Khamis, 13 Januari 2011

Sedih!!!.... betul niiii...

Hari ni masa aku baca komen2 status aku kat FB psl desi nak balik kampung selamanya... airmata aku menitik bila aku baca komen dr Niza yg mengatakan dia tak dpt jumpa desi lagi kalau dtg rumah aku.... entah naper lak aku boleh nangis.... sedih sungguh rasa hati  bila ingatkan yg desi nak balik.... kelakar kan? bila seorang majikan menangis bila maid dia nak balik..... aku terus call kakak angkat jiran lama aku kak ana dan nangis dgn dia... kak ana pun terperanjat bila dpt tau desi nak balik....

Masa desi bgtau aku hari selasa hari tu, aku tak lah rasa mcm kehilangan lagi sebb lambat lg nak baliknya.. tp bila dia dah start carikan aku pengganti dia, bila dia dah start bgtau aku dia interview budak yg nak keje tu... aku jadi rasa sedih sbb aku dah pasti yg dia memang nak balik... aku konon berharaplah dia akan tukar fikiran....

Aku ngaku, aku mmg sayangkan desi mcm adik aku, aku tak anggap dia mcm pembantu rumah.... Desi yg boleh bergaul dgn semua org di sekeliling aku dgn hemah dia.... semua org yg kenal dia, baik jiran2 skrg, baik jiran2 lama, baik kawan2 yg biasa dtg ke rumah aku, baik saudara mara aku semua sayang dgn dia.... kerana dia pandai bawak diri kemana saja dia pergi... klu tak, takkan ada org yg nak offer dia keje walau  tau dia masih berkhidmat dgn aku..... Desi yg buat keje tak berkira, walau di kenduri rumah saudara mara aku... Desi yg asik gelak jek bila bercakap....

Sedih woooo dah 7 tahun berkhidmat dgn aku... semua kehendak, kebencian dan kesukaan aku satu keluarga dia faham.... tup tup dia nak balik..... waaaa sedihnya.....

Mesti org heran dgn aku.... alahhh.... pembantu rumah aje pun.... tp hubungan yg ikhlas dan jujur tidak kira dgn sapa pun, mesti membenihkan kasih sayang walau dia bukan keluarga kita.....

Desi, nanti kalau kau kawin, akak sedaya upaya akan datang ke kampung kau ek.... bapak pun dah cakap hari tu kan?... kau pun, nanti kalau Farah kawin, kau pun nak dtg bwk anak2 kau kan?... heeee....

Sedihhhh!!!.... sob.... sob....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

janganla sedih2 yat. insyaalah pembantu yang mengantikan si desi tu akan sebaik dia. Jangan risau banyakkan berdoa. Aleni

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah, yat akan dapat pembantu yang baik nanti pengganti Desi. Buh la gambar desi kat sini, baru gempak seh!. -Rin-

SweetYatt berkata...

thanks guys..... hopefully....